Tuesday, April 22, 2014

ChEoNgDaMdOnG AliCe~

Lately aku sedang cuba abis kan tgk citer Korean Drama..seriusly aku jarang sgt follow citer korea...tp hari rasa mcm busan jer nk bukak FB dan IG so aku pon belek2 1 website nie skali nampak la citer nie mcm best jer...so layan ler sehingga ke hari ini..not bad gak citer die...Drama yg mempunyai 16 episode nie bermula dengan Han Se Kyung yg baru sahaja mendapat perkejaan sebagai pembantu designer...Se Kyung tidak mengetahui die dipilih bekerja di GN Fashion kerana sahabat dan juga musuhnyer di zaman persekolahan dulu,Seo Yoon Joo.Yoon Joo mahu membalas dendam terhadap Se Kyung dgn menyuruh die membuat pekejaan yg tiada kene mengena sebagi pembntu designer...

Teman lelaki Se Kyung yg berkerja di Artemis iaitu So In chan mula menjauhkan diri dr Se Kyung...dan Se Kyung mula merasakan In Chan tidak mahu berkongsi cerita sehinggakan Se Kyung tidak tahu ibu In Chan sedang sakit tenat dan meninggal dunia...Sehinggalah suatu hari Se Kyung mengetahui dari sahabat karibnyer Choi Ah Jung,yg jugak berkeje di Artemis bahawa In Chan telah menjual beg tangan Artemis dengan cara yg salah dan dgn harga yg lebih mahal...sejak itu In Chan melarikan diri kerana pihak Artemis mahu mengambil tindakan terhadapnyer...


Se Kyung bertambah celaru padabila mengetahui sebenarnyer Yoon Joo sengaja mahu membulinyer dengan menyuruh die membeli barang2 dan juga baju2 tuk musuhnyer itu...Sehinggalah suatu hari semasa Se Kyung mahu menyelesaikan masalah warranty set perhiasan yg dibeli oleh Yoon Joo die berkenalan dengan lelaki yg menyamar sebgai Setiausaha Kim di Artemis...pertemuan demi pertemuan membuatkan mereka sering bergaduh setiap kali berjumpa...mereka mula berbaik apabila pihak Artemis mahu mendakwa In Chan diatas kesalahannya...Se Kyung lalu meminta Setiausaha Kim menyampaikan surat kepada CEO Artemis...

Setiausaha Kim yg sebenarnyer CEO Artemis atau name sebenarnyer Jean Theirry Cha, terharu dengan sikap dan keperihatinan Se kyung terhadap bekas teman lelakinyer lalu menarik balik dakwaan terhadap In Chan..masalah sekali lagi menimpa Se Kyung apabila kedai bakery bapanyer mahu ditutup dan mereka terpakse berpindah kerana tidak mampu mahu membayar ansuran rumah....Se Kyung penat memikirkan cara bagi menyelesaikan masalahnyer...dan die semakin bengang apabila Yoon Joo mula merendahkan kan keupayaannyer sebagai designer..lalu dengan bantuan Ah Jung,Se Kyung mengetahui semasa Yoon Joo belajar di France die telah berkahwin dengan lelaki bernama Cha Seung Jo...tetapi perkahwinan itu di rahsiakan...


Yoon Joo mula takut apabila Se Kyung mengugutnye akan menyebarkan cerita itu kepada suaminyer yg juga CEO GN Fashion, sekiranya die masih membuli dirinya...takut dengan ugutan itu Yoon Joo yg tahu Se Kyung dalam kesusahan lalu menawarkan bantuan...die memberi Se Kyung dairinyer cara-cara mahu menjerat lelaki kaya tetapi dengan syarat Se Kyung perlu menyimpan rahsianyer...Se Kyung yg ragu2 dengan tawaran Yoon Joo pada mulanyer..tetapi setelah berfikir balik dan melihat keadaan keluarganye Se Kyung bersetuju...Se Kyung dapat mencari mangsa pertamanya iaitu Tommy Hong...Dia seorg designer terkenal dan matchmaker...dengan kenalan dari golongan VVIP ramai yg mahu khidmat dr Tommy...

Tetapi Tommy telah salah anggap terhadap niat Se Kyung...lalu Se Kyung telah di malukan oleh Tommy Hong di sebuah party...Jean Theirry Cha yg melihat kejadian itu bersimpati terhadap Se Kyung...sejak itu Jean Theirry Cha yg menyamar sebagai Setiausaha Kim mula memberi peluang kepada Se Kyung menjadi perunding imej CEO Artemis...hubungan mereka bertambah rapat sejak itu..kerana Setiausaha Kim menjadi org perantaraan antara Se Kyung dan CEO Artemis...Jean Theirry Cha tidak tahu bapanyer mahu menjodohkan die dengan adik ipar Yoon Joo iaitu Shin In Hwa dengan bantuan Tommy Hong....



Sementara itu Se Kyung mula keliru dengan perasaannyer terhadap Setiausaha Kim dan CEO Artemis..die mahu menjerat CEO Artemis tetapi semakin hari hubungan die dan Setiausaha Kim bertambah rapat...lalu die memutuskan mahu behubung terus dengan CEO itu...setiausaha Kim mula risau rahsianyer akan terbongkar...sementara itu Tommy Hong mula menjalankan misinyer mahu menjodohkan In Hwa dengan Jean Theirry Cha...dan Tommy Hong mula mengesyaki yg Jean Theirry Cha dan Se Kyung mempunyai hubungan...tiba pada sebuah majlis perasmian jenama Artemis,CEO Artemis, Jean Theirry Cha menjemput Se Kyung ke perasmian itu dengan tujuan mahu berterus terang akan identitinyer...tetapi semasa di perasmian itu sesuatu berlaku membuatkan Tommy Hong bertambah keliru dan dengan hubungan Se Kyung, Jean Theirry Cha dan setiausaha Kim...

Nak tahu ape kesudahan die uolls sume boleh tgk citer nie secara online dekat www.dramacrazy.eu ...nak tahu adakah Jean Theirry Cha sempat berterus terang dengan Se Kyung?Ape pulak hubungan antara Yoon Joo dan Jean Theirry Cha?Adekah Se Kyung mendedahkan motif utamanyer mendekati Jean Theirry Cha kepada lelaki itu dan   berjayakah rancangan menjodohkan Jean Theirry Cha dengan In Hwa?semua tu uolls kene tgk sendiri..SELAMAT MENONTON ~


Friday, April 18, 2014

PeRlanGgArAn~


Kejadian last 2week...pg hari masa aku nk pergi opis..tapi time 2 bukan aku yg drive...bapak aku yg drive..die pergi kedai pagi 2..masa die dekat kedai tgh beli paper skali die dgr bunyi dentumanyg kuat..bila die keluar tgk kereta aku org da langgar...padahal keter aku elok jer dok dekat parking...

Rupe skali yg keluar makcik da...makcik nie die tersalah tekan..ptt nk tekan break tp tertekan minyak..so husband die datang nk settle..nasib la die nk tanggungg semua kalau x mmg aku report la kan..itu pon kalau die xmau bayar ganti rugi...so sume under die..2 hari lepas kejadian aku pon antar keter pegi workshop buat..nasib org 2 boleh buat dlm masa 1 hari jer..settle..alhamdulillah~

Wednesday, April 16, 2014

aLL Of Me By JoHn LeGeNd~


Sekarang tgh minat dengan lagu nie...dekat radio pon asik pasang lagu nie..so aku pon download lagu nie..so jom layan~

Tuesday, April 15, 2014

SeRai ThAi @ SekSyeN 3 ShAh ALaM~

Hari kejadian ialah last weekand..xsure hari ape...weolls (aku,akak n mymom) plan nk lunch di Serai Thai nie..seriously kedai nie mmg da lame ok..dulu2 ms aku kecik2 mmg selalu la bapa aku bwk makan dekat c nie..die pny tom yam mmg best...so last mkn mmg ms zaman sekolah..serious lamo gilo....so this time mmg mymom yg ajak kan...kami follow jer...kedai nie bkk jam 11.30 am..tp time lunch mmg xder la meriah sgt pon..kalau uolls pegi mlm mmg meriah hokey....

Time weolls datang mmg ktorg jer ade kat c nie...ade 1 table dekat belakang ktorg staff dorg tgh mkn...siap smbut birthday lg...so ktorg order simple2 jer ari 2...Siakap Stim lime...


Rasa die secukup rasa..pedas dan masam cukup...tp memandang kan die datang dengan panas mengelegak dan di tambah dengan kepedasan nyer..mmg berpeluh gak mkn nie wlwpon dlm kedai 2 mmg ade aircond....se2nd dish plak weolls order kerabu mangga...yes yg nie mmg btol2 pedas hokey...xyah makan byk2..makan sikit pon da boleh terasa kepedasan die....


Nampak pucat jer kerabu mangga die..tp sila jangan percaye dgn rupe die...tp weolls xmakan abis pon nie sbb pedas tau...end last skali order kailan ikan masin wif mushroom...yg nie sedap...rasa semua cukup....


oo yer betik dlm picture atas 2 just mkanan sampingan jer yer..betik jeruk 2 serius pedas gak...cuit sikit jer..selain betik kacang dan keropok pon die hidangan kan sekali sementara kt tggu order kt smpi....overall ok notbad mkn dekat c nie...rsnyer dulu mknan dekat c nie lg sedap berbanding sekarang...mayb chef da tukar kot..yer la da bape lame kan...

Rasanyer restoran Serai nie merupakan salah 1 restoran yg pertama dibuka diantara Serai Group...Serai Thai nie merupakan adik beradik dengan restoran Serai yg ade dekat Empire Shopping Gallery dan Paradigm Mall...ok la cukup info pasal mkn2..jumpa lagi daaaaa~


Monday, April 14, 2014

KisAh NaZ DaN KhaAlisH~

Novel yg mengisahkan Nazrahani Idora yg berjumpa dengan Zaim Khaalish semasa percutiaannyer di Bali..kerana tenungan Naz itu membuangkan Khaalish sangsi,samada die mengenali wanita itu atau tidak..wajah wanita itu diamati tetapi die tidak menginngati siapa Naz..Dengan itu Khaalish mula merapati wanita itu dan cuba mengenali wanita yg penuh misteri...ternyata Naz istimewa dimatanyer..tidak seperti wanita2 yg pernah die kenali seblum ini...

Pada hari terakhir di Bali,Khaalish menghantar Naz ke airport bagi wanita itu meneruskan percutiaannyer ke Melbourne..diakhir pertemuan itu Naz nekad mahu memulangkan kembali ape yg selama 4tahun die simpan...Cincin yg diserahkan kembali kepada Zaim Khaalish ternyata membuatkan lelaki itu binggung...siapakah sebenarnya Naz?Identiti wanita itu tidak banyak dia ketahui..Naz seolah2 tidak mahu dikenali dan sengaja mengelak untuk perhubungan itu di panjangkan...


Semasa dalam perjalanan pulang ke Malaysia barulah Khaalish teringat tunangannyer yg tidak pernah dikenalinya dulu...die pernah bertunang dengan seorg wanita yg tidak dikenalinyer 4 tahun lepas...ibunyer menjalankan pertunangan itu tanpa persetujuaanyer kerana mahu die berpisah dengan Shonnie,teman wanita yg terlalu die kasihi...akhirnyer pertunangan itu hanya gatung tidak bertali dan Naz membuat keputusan menyambung pelajarannyer ke luar negara setelah penat menunggu sama ada pertunangan mereka berakhir dgn perkahwinan atau putus sahaja...

Lalu Khaalish mula berasa bersalah dengan ape yg telah die dan keluarganya lakukan terhadap Naz...untuk mendapatkan kepastian, Khaalish berjumpa dengan ibunya dan menunjukan cincin pertunangannya..ternyata ibu Khaalish masih ingat akan cincin itu..lalu ibunyer menelefon sahabat karibnyer bagi memastikan di mana Naz berada ketika ini...dan Khaalish mahu memastikan juga adekah Naz yg die jumpa di Bali tempoh hari adelah betol tunangannya...

Ternyata benar Nazrahani Idora itulah wanita yg sama die jumpa di Bali...sejak itu Khaalish mula cuba mengenali wanita itu...memngikuti setiap perkembangan wanita itu dengan membaca setiap novel2 tulisan Naz dan senantiasa berhubung dengan rakan baek Naz, Reham..Ternyata kasih dan sayang terhadap Naz telah mula berputik..sehingga Khaalish snggup ke mana sahaja mengikuti Naz..dari menjelajah Kuala Lumpur, Putrajaya sehinggalah ke tempat Naz berkeje iaitu Laos.

Naz yg sudah tawar hati dengan Khaalish,nampak kesungguhan lelaki itu yg mahu memujuk hatinyer kembali...lame kelamaan hati Naz terbuka sedikit dengan kehadiran Khaalish...tapi sudikah Naz menyambut lamaran Khaalish?Setujukah ibu bapa Khaalish apabila mengetahui Naz akan kembali menjadi menantu mereka setelah sekian lama mereka bertunang...apakah akan terjadi apabila Shonnie datang mahu menuntut Zaim Khaalish...adekah lelaki itu mahu berpaling terhadap cinta Naz yg baru berputik atau kembali pada cinta lamenyer...kene baca novel nie...SELAMAT MEMBACA~


Friday, April 11, 2014

MeAtBaLL StAtioN~



Nampaknyer bulan lepas xseperti bulan2 yg lain...kalau bulan2 yg sebelom nie balik2 kesah PPUM jer yg menjadi perhatian..tp tidak pada bulan march....Meatball plak yg merampas takhta..br la best mcm nie...sebb cerita yg positif berada di tangga paling ats...

Kalau nak tahu dekat mana Meatball Station area Shah Alam uolls kene la bc entry aku 2 yer...ok la aku nk smbung keje semula..daaa sume~

Wednesday, April 9, 2014

ApI Api SteAmbOat & GrILL, MeLakA~

Last week aku pergi Melaka..ade mmbr kawen..sebelah malam plal ade member ajak makan steamboat..So kami ker API API STEAMBOAT GRILL..ha tempat nie sng jer nk cari..kalau tau dekat mana AEON yg baru 2...dekat ngan Tesco..area c 2 jer...die dlm shotlot yg bertentangan dgn AEON 2...simpang dkt luar 2 pon die da ltk banner kedai nie..kedai die hujung skali...

Malam yg weoll pegi 2 mlm minggu..so org mmg ramai nasib baek ade tmpt kosong sbb ade yg da reserve mayb dorg call kot...malam 2 1 org dewasa RM30...kat c nie name pon steamboat & grill so makan mesti la dua2 skali...dkt c nie ade 2 jenis sup untuk steamboat...sup aym dan tomyam...aku pilih tom yam...bleh tahan gak sup tomyam die..pedas pon ade gak....


Makan kat c nie bekonsep kan buffet..so uolls bleh makan ape shaja yg ade dlm kedai nie dngan byar RM30 td....die hanya bg gelas dan periuk mcm dlm picture atas nie bila da byr..lain2 sila amek sndiri yer...macam pinggan ker snduk ker pengepit ker sume amek sndiri....selain bahan2 tuk grill2 dan steamboat, ade gak di sediakan nasi lemak, mee grg, bihun grg, nugget, sausage,apam polkodot dan mcm2 lg dessert...termasuk aiskrim...

Tapi dekat c nie bahan2 untuk steamboat xbyak sgt..more 2 grill la...steamboat plak bhn die byk pd fish ball yg bermcm2 jenis rupa dan bntuk..seafood tuk grill dan steamboat pon xbyk..yg ade mlm 2 sotong, ketam dan lala dan kupang...lain2 kebanyakkannyer lebih kepada daging (untuk grill)..ade daging lembu, ayam dan kambing...dan pelbagai jenis marinate..kunyit..black paper dan mcm2 lg.. 


Sos die pon da pelbagai jenis..begitu juga dgn mee..pelbgai jenis mee kering ade...tp seafood die xfresh la aku pergi mlm 2..ketam die isi die xfresh...so rasanyer die punya seafood kene verity ckit...mcm aku mkn dekat D'Kayangan..dekat c 2 mmg byk seafood tuk steamboat...ade pepahat,udang,segala jenis siput dan kupang dan lala...sotong pelbgai size...

Air die ade 3 jenis mlm 2...oren, anggur dan air kosong...sayur2 pon ade gak mcm kangkung, sawi, dan kubis...rsnyer dr segi bahan2 bleh improve lg yg lain2 da ok da...ok la untuk maklumat lanjut bleh singgah dkt FB dorg iaitu www.Facebook.com/apiapisteamboatgrill... SELAMAT MENJAMU SELERA~


Tuesday, April 8, 2014

AlWayS Be My BabY By David CoOk~




Walaupon da lame David Cook nie kaluar dari American Idiol tp still minat gilos ngan mamat sorg nie..very talented...dan suara die best...Rasanyer version David Cook lg best kalau nk di bandingkan dgn Mariah Carey...Lebih rock dan lebih bertenaga...so ENJOY~

Monday, April 7, 2014

AgEnt InsUrAnS~

Hari nie aku nk bebel pasal agent insurans...bebaru nie ade la sorg mamat insurans nie..call waktu pejabat..nk story pasal pakej insurans yg die nk offer dkt aku...ok memula lg aku da ckp dkt die x berminat...so die tnya aku kenapa tak minat..so aku pon jwb la tah la sy mmg xminat...pas 2 bila aku ckp aku tgh keje nie die still nk jugak aku layan ape yg die nk terangkan dkt aku...lepas 2 die tnya bila die boleh call balik sbb die nk terang lebih lanjut katanyer..so aku ckp dgn die...saya xberminat so xguna wlawpon awk call balik..sy still xberminat..die xnampak ker aku aku nie mmg btolllll2 xbeminat...lps 2 die ckp bg die ms dlm 3-4min tuk die terang sdikit..

Ok la aku pon malas nk reject lg bila die da ckp mcm 2....so aku layan kan jer la bila die start terang mcm2..seriuosly aku xamek port pon ape yg die terangkan dkt aku..aku sedap jer buat keje time 2..then bila die tny soalan aku pon jwb jer la ape yg aku rs..so die mintak aku bg cadangan la bg opinion la..hello aku da malas nk layan ko bleh plak nk suruh aku bg cadangan bagai kan...mmg jawapan aku entah jer la kan...lepas 2 da siap terang2 tny aku nk pos policy nie dkt mn..rumah ker opis...

Hoiiii aku xtau la mamat nie xpaham atau buat2 xpaham....ker mmg sume agent insurans mmg da di latih mcm nie...da awl2 lg aku ckp xminat...dan aku layan ko pon mcm nak tak nak jer bleh plak ckp nk pos policy...xper lg aku ckp ngan die sy tak berminat la so xpayah pos dekat mn2(nampak x dekat c nie bape byk aku ckp tak berminat)..then die tny lagi kenapa xberminat yer..aduhai aku da ler tgh buat report ko sibuk nk tny nape xminat la sebab ape la...so aku sound die senang citer...eh tadi ckp 3-4 min jer nie da lebih nie..sy mmg xberminat so xpayah tau kenape or sebab ape...terima kasih jer la...

Then baru la die nk letak fon..aku boleh jer nk kurang ajar dgn die tapi aku xmau jer...sbb aku tau die pon nk cari makan jugak...mayb sales die xcukup lagi bulan nie...tp die kena jugak belaja cara nak hormat org...

1) masa di permulaan perbualan..die xtnya pon "cik ade masa tak?saya nak terang pasal pakej nie" -call2 terus serbu kenal kan diri nk trus xplain psl pakej 2...rsnyer pasti agent2 nie di ajar cr nk berkomunikasi dgn pelanggan kan...ker xder?

2)Suka memaksa..sekira org yg dihubungi tu ckp xberminat atau pon saya xnak ker xguna buang2 air liur memaksa..sbbnyer bila die pakse2 mcm 2 org yg die hubungi 2 akan bertambah tidak suke lagi ade la...siapa yg suke di paksa2...

3) Selepas menerang kan pasal pakej..terus nak mintak alamat bagai or tnya nk hantar policy ke mana - yg nie mmg selalu terjadi..org 2 xckp pon stuju tp die da nk antar policy bagai...plak 2 siap mntak no acc sbb nk buat potongan..so bila xnak kt bleh buat surat dan dorg akan credit kan blik duit 2 dlm acc kt...policy xbg da nk potong duit (yg nie mmg terjd dkt aku)

4)Soalan personal..Bila die bertanya kan cik da kawen dan org itu menjawab blom..rsnyer lebih sesuai soalan 2 berhenti terus dekat c 2...xperlu tanya bila nak kawen sume tu yer..itu da termasuk soalan peribadi...kalau yer pon org 2 nak kawen besok biar die sendiri yg inform dkt egent insurance tu...xperlu nk jadi kepochi ok...

So aku harap kepada agent2 insurance dekat luar sana yg baca nie harap maklum la yer...kekadang bila org yg die call 2 da ade insurance dan xmau amek insurance..bleh siap tny amek insurance ape sblom nie...pakai pakej ape...sbb die nk offer yg lebih dr insurance yg die ade skarang..tp kene ingat xsume org mampu untuk amek byk2 insurance...dan xperlu rasanyer nk pakse2 org tu..pasti die lebih memahami kewangannyer sendiri dr anda2 sume yg bergelar agent insurance...

Yer kami bakal2 pelanggan anda nie paham anda sume (agent insurance) nak sales tpi jgn la smpi buat org xselasa...ingat sekiranyer anda asik push bakal pelanggan anda dan anda di makin atau di marahi..anda2 juga akan marah bukan...so kalau xmahu rasa perasaan seperti itu harap jgn timbulkan perasaan yg sama pada bakal2 pelanggan anda...mana tau one day mereka akan cr semula agent2 insurance yg pernah menghubungi mereka sebelum nie sekiranye mereka mahu insurance suat hari nnti...Renung2kan~