Tuesday, April 22, 2014

ChEoNgDaMdOnG AliCe~

Lately aku sedang cuba abis kan tgk citer Korean Drama..seriusly aku jarang sgt follow citer korea...tp hari rasa mcm busan jer nk bukak FB dan IG so aku pon belek2 1 website nie skali nampak la citer nie mcm best jer...so layan ler sehingga ke hari ini..not bad gak citer die...Drama yg mempunyai 16 episode nie bermula dengan Han Se Kyung yg baru sahaja mendapat perkejaan sebagai pembantu designer...Se Kyung tidak mengetahui die dipilih bekerja di GN Fashion kerana sahabat dan juga musuhnyer di zaman persekolahan dulu,Seo Yoon Joo.Yoon Joo mahu membalas dendam terhadap Se Kyung dgn menyuruh die membuat pekejaan yg tiada kene mengena sebagi pembntu designer...

Teman lelaki Se Kyung yg berkerja di Artemis iaitu So In chan mula menjauhkan diri dr Se Kyung...dan Se Kyung mula merasakan In Chan tidak mahu berkongsi cerita sehinggakan Se Kyung tidak tahu ibu In Chan sedang sakit tenat dan meninggal dunia...Sehinggalah suatu hari Se Kyung mengetahui dari sahabat karibnyer Choi Ah Jung,yg jugak berkeje di Artemis bahawa In Chan telah menjual beg tangan Artemis dengan cara yg salah dan dgn harga yg lebih mahal...sejak itu In Chan melarikan diri kerana pihak Artemis mahu mengambil tindakan terhadapnyer...


Se Kyung bertambah celaru padabila mengetahui sebenarnyer Yoon Joo sengaja mahu membulinyer dengan menyuruh die membeli barang2 dan juga baju2 tuk musuhnyer itu...Sehinggalah suatu hari semasa Se Kyung mahu menyelesaikan masalah warranty set perhiasan yg dibeli oleh Yoon Joo die berkenalan dengan lelaki yg menyamar sebgai Setiausaha Kim di Artemis...pertemuan demi pertemuan membuatkan mereka sering bergaduh setiap kali berjumpa...mereka mula berbaik apabila pihak Artemis mahu mendakwa In Chan diatas kesalahannya...Se Kyung lalu meminta Setiausaha Kim menyampaikan surat kepada CEO Artemis...

Setiausaha Kim yg sebenarnyer CEO Artemis atau name sebenarnyer Jean Theirry Cha, terharu dengan sikap dan keperihatinan Se kyung terhadap bekas teman lelakinyer lalu menarik balik dakwaan terhadap In Chan..masalah sekali lagi menimpa Se Kyung apabila kedai bakery bapanyer mahu ditutup dan mereka terpakse berpindah kerana tidak mampu mahu membayar ansuran rumah....Se Kyung penat memikirkan cara bagi menyelesaikan masalahnyer...dan die semakin bengang apabila Yoon Joo mula merendahkan kan keupayaannyer sebagai designer..lalu dengan bantuan Ah Jung,Se Kyung mengetahui semasa Yoon Joo belajar di France die telah berkahwin dengan lelaki bernama Cha Seung Jo...tetapi perkahwinan itu di rahsiakan...


Yoon Joo mula takut apabila Se Kyung mengugutnye akan menyebarkan cerita itu kepada suaminyer yg juga CEO GN Fashion, sekiranya die masih membuli dirinya...takut dengan ugutan itu Yoon Joo yg tahu Se Kyung dalam kesusahan lalu menawarkan bantuan...die memberi Se Kyung dairinyer cara-cara mahu menjerat lelaki kaya tetapi dengan syarat Se Kyung perlu menyimpan rahsianyer...Se Kyung yg ragu2 dengan tawaran Yoon Joo pada mulanyer..tetapi setelah berfikir balik dan melihat keadaan keluarganye Se Kyung bersetuju...Se Kyung dapat mencari mangsa pertamanya iaitu Tommy Hong...Dia seorg designer terkenal dan matchmaker...dengan kenalan dari golongan VVIP ramai yg mahu khidmat dr Tommy...

Tetapi Tommy telah salah anggap terhadap niat Se Kyung...lalu Se Kyung telah di malukan oleh Tommy Hong di sebuah party...Jean Theirry Cha yg melihat kejadian itu bersimpati terhadap Se Kyung...sejak itu Jean Theirry Cha yg menyamar sebagai Setiausaha Kim mula memberi peluang kepada Se Kyung menjadi perunding imej CEO Artemis...hubungan mereka bertambah rapat sejak itu..kerana Setiausaha Kim menjadi org perantaraan antara Se Kyung dan CEO Artemis...Jean Theirry Cha tidak tahu bapanyer mahu menjodohkan die dengan adik ipar Yoon Joo iaitu Shin In Hwa dengan bantuan Tommy Hong....



Sementara itu Se Kyung mula keliru dengan perasaannyer terhadap Setiausaha Kim dan CEO Artemis..die mahu menjerat CEO Artemis tetapi semakin hari hubungan die dan Setiausaha Kim bertambah rapat...lalu die memutuskan mahu behubung terus dengan CEO itu...setiausaha Kim mula risau rahsianyer akan terbongkar...sementara itu Tommy Hong mula menjalankan misinyer mahu menjodohkan In Hwa dengan Jean Theirry Cha...dan Tommy Hong mula mengesyaki yg Jean Theirry Cha dan Se Kyung mempunyai hubungan...tiba pada sebuah majlis perasmian jenama Artemis,CEO Artemis, Jean Theirry Cha menjemput Se Kyung ke perasmian itu dengan tujuan mahu berterus terang akan identitinyer...tetapi semasa di perasmian itu sesuatu berlaku membuatkan Tommy Hong bertambah keliru dan dengan hubungan Se Kyung, Jean Theirry Cha dan setiausaha Kim...

Nak tahu ape kesudahan die uolls sume boleh tgk citer nie secara online dekat www.dramacrazy.eu ...nak tahu adakah Jean Theirry Cha sempat berterus terang dengan Se Kyung?Ape pulak hubungan antara Yoon Joo dan Jean Theirry Cha?Adekah Se Kyung mendedahkan motif utamanyer mendekati Jean Theirry Cha kepada lelaki itu dan   berjayakah rancangan menjodohkan Jean Theirry Cha dengan In Hwa?semua tu uolls kene tgk sendiri..SELAMAT MENONTON ~


No comments: