Showing posts with label novel. Show all posts
Showing posts with label novel. Show all posts

Thursday, March 10, 2016

NoVeL MuRah SereNdaH RM5 (UpDaTE) ~

Ok sebenarnyer lame da nak update pasal novel nie..ade yg da beli tu terima kasih yer...so dekat c nie aku nak update ler..sebab ada yg tny psl novel tu..skali tgk dkt list da jual..so sorry...maka aku update dekat c nie mana yg da jual...aku nak abiskan batch nie dulu seblum jual yg novel lain plak..untuk 2nd batch....yg tu nnti aku update lain bila sume batch nie da abis jual...

Jom tgk mn yg da sold.....

**********************************************************************
Yes tajuk dekat atas adelah benar..mcm yg aku inform last week aku akan jual novel2 aku tu sebab da byk sgt dan aku nak kemas bilik aku nie...tapi xsume novel yg aku ade aku nak jual...so di sini aku bg list novel yg aku nak jual base on price..

RM 5
1. Dan Mimpi Pon Berguguran (By Liana Afiera Malik)- SOLD
2. Dah Kata Daaah (By Liana Afiera Malik) - SOLD
3. Sekuntum Bunga Sena (By Abd. Talib Hassan) - SOLD
4. Aku, Rhapsody & Biru's (By Ahadiat Akashah)
5. Iris Cinta (By Teja Irzara)
6. I Heart London (By Lindsey Kelk)
7. Original Sin (By Tasmina Perry)
8. Privilege (By Kate Brian)
9.Ominous (By Kate Brian)
10. Wherever Nina Lies (By Weingarten)
11.Katerina (By Ahadiat Akashah)
12.Bintang Hati Saya (By Riley Fizan) - SOLD
13.Untuk 3 hari ( By Ahadiat Akashah)
14.Jealous La Pulak (By Liana Afiera Malik) - SOLD
15.Berikan Ku Bahagia (By Fatinilam Sari) - SOLD
16.Impian Kasih (By Liza Zahira)
17.Nota Cinta Buatmu. (By Norhayati Berahim) - SOLD
18.Kisah Hati (By Sofiea Isqandar)
19. Eat,Pray, Love (By Elizabert Gilbert)
20.Dandelion Ditiup Angin (By Aidah Bakri) - SOLD

RM10 

1. Bayangan Rindu (By Anis Ayuni) - SOLD
2. 5 Tahun 5 Bulan (By Hlovate)
3.Aku Tanpa Cintamu (By Dhiya Shakira
4. Nikahi Aku Kerana Dia (By Teja Eliza) - SOLD
5. Terucap Syahadah (By Lidya Razera)
6.Cinta Tiada Akhirnya (By Fauziah Ashari) - SOLD
7.Makna CInta (By  Marina Alina)
8. Pesona Rindu (By Sharifah Abu Salem) - SOLD
9.Antara Dua perimpangan (By Siti Rozilah)
10. Mutiara Kasih (By Bill Bora)
11.Semarak Cinta (By Hijratul Akisha) - SOLD
12. Musuhku Suamiku (By Zuera Rashiddin) - SOLD
13.Sesuci Kasih Seorang Isteri (By Dzie Tyea) - SOLD
14.Sushi For Beginners (By Marian Keyes)
15.Cinta Sambal Belacan (By Junie Octovian)
16. Benci, Benci, Benci (By Ayu Emelda)
17. Sepi Tanpa Cinta (By Damya Hanna)
18. Memori (By Naz Areeya Ameen)
19.Cinta Datang Lagi (Bikash Nur Idris)
20. Cantiknya Si Comot (By Miazal Zahra)

Note :
- Harga tidak termasuk postage
- Postage RM7
- Free postage dengan pembelian melebihi RM40

Ok la uolls sume berminat boleh email terus ke amaliahhanafi@gmail.com ...da sumeeee SELAMAT BERSHOPPING ~

Tuesday, November 24, 2015

NoTa BuaT CemPaKa bY SoPhiLeA~

Novel berharga RM26 nie mengisahkan Cempaka Elina yg baru tamat pengajian dalam bidang kejururawatan...tanpa di sangka die telah dilamar oleh keluarga kenalan bapanyer...Oleh kerana peristiwa yg memalukan keluarga Cempaka dulu terjadi lalu dengan terpaksa Cempaka menerima lamaran itu...yg peliknyer sejak die menerima lamaran itu die kerap menerima nota2 yg memberi kata2 semangat dan dorongan...seperti org yg memberi nota itu tahu ape yg terjadi terhadap dirinya...

 
Setelah tamat pengajian Cempaka ditempat kan di sebuah hospital...die yg juga telah bertunang dengan Luqman Harith...Cempaka menyertai keluarga Luqman pergi bercuti tetapi die tidak nampak kelibat Luqman...rupanyer Luqman sengaja mahu mengujinyer samada Cempaka perasan kehadiran Luqman dalam percutian itu...die keliru kerana mereka hanya pernah bertemu sekali shaja semasa majlis pertunangan mereka...tanpa Cempaka sedari sebenarnyer Luqman berkerja satu hospital dengannyer...sehingga la terjadi 1 insiden baru la Cempaka sedar die bekerja sebumbung dgn tunangnya sendiri...
 
Tetapi tiada seorang pon tahu bahawa mereka telah bertunang...dengan tu ramailah wanita2 dan lelaki yg mencuba nasib mahu memikat Cempaka dan Luqman...masing2 memendam rasa tiap kali pasangan masing2 di usik...Matthew antara lelaki yg selalu berada di samping Cempaka...kerana itu juga Luqman selalu memerhati kan gerak geri rakan sekerjanya itu...sementara Cempaka pulak hairan die masih menerima nota dari org yg sm..tapi siapakah orang itu...setiap ape yg terjadi terhadap dirinyer pasti pengirim nota itu tahu...

Semakin hampir dgn tarikh perkahwinan mereka semakin banyak yg Cempaka ingin tahu dari Luqman...die pernah ternampak Luqman dgn seorg wanita..kelihatan mesra...jadi benarlah Luqman hanya mengikut kehendak orang tuanya yg mahu mereka berkahwin...sedang kan Luqman ade pilihan hatinya..tetapi apabila Cempaka mencadangkan kepada Luqman agar batalkan sahaja pertunangan mereka Luqman pula yg membantah..bingung dengan perangai lelaki itu...Akhirnyer mereka di satukan...

Adekah mereka bahagia setelah berkahwin..siapa Dyja di hati Luqman....kenapa wanita itu selalu memburu Luqman..dan Luqman seperti tidak berdaya membantah apabila bersama Dyja...adekah Dyja mengugut Luqman...bagaimana dengan Matthew...bagaimana die tahu perkahwinan Cempaka dengan rakan sekerjanya...dan akhirnyer Fikri muncul setelah lame menghilang...kene beli novel nie ok...SELAMAT MEMBACA~








Tuesday, October 20, 2015

NoVeL SeCond HaNd MurAh~

Ok ade orang tanya aku xmau jual ker novel yg aku ade..ade yg aku sayang nak jual..tp memandangkan novel aku banyak dan aku sedang nak clear kan bilik aku yg comel tu..so mari aku nak buat jualan murah novel aku...nnti aku akan list down kan novel mn yg aku nak jual...dengan harga die skali...kalau uolls nak boleh email dekat aku detail sume dekat amaliahhanafi@gmail.com

Nak kemas novel2 tu da 1 hal plak...tunggu jer la list aku ek..kalau uolls ade berkenan novel ayg penah aku review dalam blog nie boleh email ler..tp xsume novel yg aku review dlm nie aku akan jual yer..sbb ade sesetgh novel ade sentimental value..so syg nak jual....tggu jer la uolls..rsnyer next week aku akn update sume detail ok...

Sunday, September 27, 2015

SaMpAi BiLa By AnA SoFiYa~


Novel terbitan Fajar Pakeer nie mengisahkan Alisa yg mempunyai hubungan baek dengan majikan Baktiar...hubungan baek antara mereka disalah erti kan oleh mereka2 yg melihat..termasuk la isteri dan juga anak kepada Baktiar..mereka menganggap Alisa sebagai perempuan simpanan Baktiar...sehingga la apabila Baktiar meninggal kerana kanser Alisa masih di salahkan mereka hanya Alisa, peguam dan Doktor peribadi Baktiar sahaja yg maklum tentang penyakitnya..

Sedangkan anak2 dan isterinyer tidak tahu akan penyakit Baktiar..semasa wasiat di bacakan anak lelaki Baktiar terkejut dengan wasiat bapanya yg mahu Adnan Malik mengahwini perempuan simpanannye sendiri..sehingga Adnan Malik mempersoalkan tindakan arwah bapanyer yg mahu die mengambil bekas bapanyer sendiri...pada mulanye Adnan Malik tidak bersetuju dengan cadangan itu..tetapi setelah di pujuk oleh ibunya, Adnan Malik bersetuju kerana harta Baktiar akn di wakaf kan sekiranye Alisa dan Adnan Malik tidak berkahwin..

Alisa yg cukup menyampahkan dengan Adnan Malik yg suke menuduhnya macam2 bertambah rasa dendam di hati apabila lelaki itu menghebohkan kepada ayah Alisa yg wanita itu merupakan perempuan simpanan kepada bapanyer..sejak itu hubungan Alisa dan ayahnyer mula renggang...lalu Alisa bertekad mahu membalas setiap apa yg Adnan Malik telah lakukan kepadanya...Misi Alisa adelah mahu mengodakan Adnan Malik dan melaksanakan permintaan Baktiar..

Nak tahu tahu apekah wasiat sebenar Baktiar terhadap anaknyer Adnan Malik dan Alisa...sanggupkah Adnan Malik menahan godaan Alisa...bagaimana pula hubungan Alisa dengan ayahnyer..dan kenapa Adnan Malik naik angin apabila Alisa mencadangkan kepada Adnan Malik tentang bayi tabung uji...semuanya akan terjawab apabila uolls sume beli novel nie...SELAMAT MEMBACA~


Monday, August 24, 2015

TuAn AnAs MikAeL By SyAmNurIeZmiL~

Novel terbitan Penulisan2u nie aku suke baca sebab berbeza ckit perjalanan ceritanyer..jom aku story ckit pasal novel nie..Ayu Maisarah merupakan anak org gaji yg membersihkan kediaman milik Tuan Anas..Oleh kerana mak Ayu tidak sihat maka Ayu yg masih belum mendapat pekerjaan menggantikan maknyer...Kerana 1 kejadian yg telah berlaku kepada Tuan Anas menyebabkan Ayu terpaksa berkerja terus dgn Tuan Anas...
 
Bermula kehidupan Ayu sebagai pembantu rumah kepada Tuan Anas..tetapi yg menjadi kan Ayu hairan die hanyalah sebagai pembantu rumah tetapi Tuan Anas mahu die belajar memandu dalam masa 3 hari...dengan alasan akan memudahkan Ayu sekiranya mahu ke pasar..juga Tuan Anas menyediakan tukang masak bagi mengajar Ayu memasak...dan belajar etika ketika di meja makan...pelik!!!
 
Perangai Tuan Anas pon berlainan dari hari ke hari...dari seorang yg dingin di awal pertemuan mereka kepada seorang yg senang di dekati...malah Tuan Anas akan menjadinye teman wanita sekiranya Ayu cuti..Ayu bertambah pelik...rupenyer Tuan Anas mahu menyiapkan Ayu dengan jawatan yg bakal di sandang tidak lame lagi iaitu sebagai pengurus projek...

 
Tanpa pengetahuan Ayu, rupanyer jawatan tersebut menjadi rebutan kepada Safra...wanita yg tergila2 kan Tuan Anas..jawatan tersebut sepatutnyer menjadi milik Safra tetapi Tuan Anas memberi kepada Ayu...dengan jawatan itu Ayu perlu pergi ke Krabi bagi menguruskan projek di sn...sejak itu hubungan antara Ayu dan Tuan Anas bertambah rapat...
 
Tanpa Ayu sedari Ayu mempunyai hubungan dengan Safra..sekiranya begitu maknanya die berdepan dengan komplot untuk memusnahkan hidupnya dan maknyer...dengan tiba2 Tuan Anas tidak memperkenalkan Ayu sebagai teman wanitanye kepada ibunya seperti yg dirancangkan...sebaliknye Raisya Puteri yg dipilih...Ayu bertambah binggung..permaianan ape yg sedang di lakon kan oleh Tuan Anas..semuanyer menjadi kelam kabut dengan tiba2...
 
Kalau nak tahu kesudahan novel nie uolls sume kena beli novel yg berharga RM25 nie...pastu uolls akan tahu siap manusia yg mahu membunuh Ayu dan maknya...kenapa tetiba Tuan Anas Mikael mahu berkahwin dengan Safra pulak sedangkan Tuan Anas cukup meluat dengan Safra...dan macam mana dengan sekelip mata Ayu menjadi kaya raya...nak tahu jgn lupe beli tau...SELAMAT MEMBACA~
 

Wednesday, June 24, 2015

CinTa DaTAng LaGi By BikasH NuR IdRiS~

Novel nie aku beli masa pergi Big Bad Wolf dekat Melaka hari tu...xsangka plak ade BBW dekat sn...so ape lg borong sakan la aku kan...novel nie harga sebenar RM17 jer tapi aku beli RM5..murah kan..ok la meh aku story pasal novel nie...oo yer nie novel lame..mayb da lame ade dekat market cume aku jer yg br baca...
 
Ia mengisahkan Fariz dan Raisya yg kecewa dengan pasangan masing2...mereka bertemu di sebuah majlis perkahwinan teman wanita / lelaki masing2...Fariz ke sn atas jemputan Shereen (teman wanita Fariz) yg merupakan pengantin perempuan pada malam itu sementara Raisya ke sn kerana mahu melihat sendiri Jaspal (teman lelaki Raisya) bersanding dengan gadis pilihan keluarga masing2...pada malam itu Raisya telah menangis di depan Fariz lelaki yg tidak di kenalinyer dan Fariz berjanji dengan Raisya sekiranyer mereka bertemu lg selepas nie Fariz akan memperkenalkan Raisya dengan adiknyer...
 
 
Takdir menemukan mereka beberapa kali yg datang ke  panggung wayang yg sm...Raisyah cube mengelak sementara Fariz plak cuba mendekati wanita itu...sehinggalah terjadi satu insiden di panggung itu membuatkan hubungan mereka bertambah rapat...sejak itu mereka sering meluangkan masa bersama...Raisya pelik dengan Fariz yg sedaya upaya cube merapatinyer sedangkan die tidak mahu ade kaitan dengan lelaki itu...
 
Sehingga suatu hari Jaspal datang bertemu dengan Raisya setelah puas lelaki itu memujuknyer mahu ketemu...Raisya berjumpa dengan Jaspal atas dorongan Fariz...die pelik dengan Fariz, lelaki itu cube memikatnyer tetapi menggalak kan dia bertemu dengan bekas teman lelakinyer yg kini sudah menjadi suami kepada bekas teman wanitanye sendiri...pertemuan itu telah membuka mata Raisya bahawa Fariz bukan seperti yg di sangka...rupenyer Fariz mempunyai motif untuk rapat dengannya...
 
Kerana motif Fariz itu juga telah membuatkan Raisya kesal kerana mempercayai lelaki itu...Fariz cube menerangkan perkara sebenar tetapi itu lebih menyakitkan hati Raisya...lalu Raisya menjauhkan diri dari Fariz...tanpa Fariz sedar die sebenarnye mencintai Raisya....die rasa kehilangan apabila Raisya tidak bersamanyer seperti selalu...Shereen mula menyedarkan Fariz tentang perasaan lelaki itu terhadap Raisya..dan Shereen sedar cinta Fariz tidak lagi bersamanyer...
 
Sementara Jaspal dan Shereen cuba meneruskan perkahwinan mereka...tetapi lelaki itu dpat tahu bahawa Shereen tidak lagi suci semasa menjdi isterinyer...die meminta penjelasan dari Shereen tapi wanita itu bertambah marah dengan Jaspal...konflik rumah tangga mereka bertambah serious...pelbagai masalah muncul...
 
Kalau nak tahu kesudahan hubungan Jaspal dan Shereen...siapakah lelaki yg telah menceroboh mahkota isterinye....dan kenapa Shereen cube menjauhkan diri dari Jaspal?bagaimana pula Fariz dan Raisya..dapatkah die memujuk kembali hati Raisya yg telah terluka?yakinkah Raisya dengan setiap janji yg dilafaz kan oleh lelaki bernama Fariz?nak tahu kene beli novel nie...SELAMAT MEMBACA ~
 

Friday, May 15, 2015

AkU TaK SaLAh By KamSiaH Abu~

Novel yg berharga 19.90 nie hasil nukilan Kamsiah Abu...Novel ini mengisahkan Syazwani yg berkerja di sebuah syarikat kepunyaan Badrul...Badrul yg selalu serius dlm kerjanya sentiasa di geruni oleh pekerjanya...tetapi apabila bersama dengan Syazwani, Badrul lebih relax dan santai...Pekerjaan Syazwani membuatkan die berjumpa dengan bermacam jenis manusia..termasuklah Airil Amri..Lelaki yg dikenali semasa syarikatnyer membuat pameran perumahan...

Lelaki itu cuba mendekatinyer...pelbagai cara di lakukan agar dapat menarik perhatian Syazwani...Akhirnyer Syazwani bersetuju bekenalan dengan lebih rapat dengan Airil...tetapi Airil mengambil tindakan drastik dengan mahu meminang gadis itu...Syazwani terkejut kerana perkenalan yg tidak sampai sebulan itu sudah membawa mereka ke gerbang perkahwinan...wlwpon tidak bersetuju pada mulanyer tetapi setelah di yakinkan oleh Airil maka die bersetuju...


Barulah Syazwani mengetahui bahawa Airil mendapat tawaran pekerjaan di Alexandria dan dia mahu Syazwani mengikutnya ke sana nanti...Lalu Syazwani terpaksa meletakkan jawatannyer..semasa ini lah Badrul membuat pengakuan yg die telah lame jatuh hati dengan Syazwani tapi sayang semuanya telah terlambat...Majlis Syazwani dan Airil berlangsung dengan ringkas..hanya di hadiri oleh saudara terdekat...

Tetapi segalanyer berubah apabila keesokkan harinya, perangai Airil bukan seperti yg dikenalinyer...die seolah2 telah berkahwin dengan manusia yg lain....sejak dalam kapal terbang lagi Airil mula dingin dengannya...bukan itu sahaja, Airil sudah mula menengkingnye...sesuatu perkara yg tidak pernah berlaku sejak perkenalan mereka...Syazwani bingung, kesalahan apa yg di lakukan sehingga dilayan sebegitu....keadaan menjadi bertambah teruk apabila mereka sampai ke Alexandria..

Nak tahu ape terjadi dengan hubungan mereka...kenapa Airil berubah perangai tiba-tiba...siapa pula Shamsinar dlm hidup Airil sehingga lelaki itu sanggup melukakan Syazwani...dan adekah wanita yg selama ini dicari oleh keluarga Badrul mempunyai kaitan dengan Syazwani nak tau boleh beli novel nie...SELAMAT MEMBACA~


Thursday, April 9, 2015

NoVeL DaN NoVeL~

Baru2 nie saje la check post2 yg lame aku buat...esp psl novel2 nie...rupenyer ramai gak yg bace entry aku pasal novel2 nie ek..xtau plak aku..ade gak yg aku tgk entry novel2 yg kurang org bace..xsure samada dorg xtau tentang novel tu or memang dorg xcari novel tu dlm blog aku nie..so nie antara yg aku da print screen novel2 kurang dapat tempat dekat dlm blog aku nie...

 
Novel Makna Cinta..ade 5 org jer yg baca entry nie...sm macam entry Mutiara Hatiku Refllisia...xramai gak org review...selain tu meh tgk picture bwh nie...


 Novel 5 Tahun 5 Bulan ..3 jer pembaca entry nie...huhuhu sedih sgt rupenyer....cube tgk entry Cinta Sambal Belacan tu smpi 589 org baca...xsangka Sambal Belacan ramai peminat dia...ke ade org tersalah nak cari resepi sambal belacan temasuk dlm page aku nie kan...hahahaha lantak kan...ok nie yg last pny screen shot...


Tak Mungkin Ku Hindari salah satu novel yg dok rangking ke bawah...3 jer pembaca....senasib dengan M.A.I.D ... novel nie ingat lg 1st time baca pinjam org jer..sanggup nie baca sampi 2 3 pagi sebb soknyer nak kene pulang kan..so baca macam xpuas plak..so beli gak sendiri..baca ulang2 sampai jemu la...rupe die pon da kelabu asap da...Doktor Cinta dan Nota-Nota Crazy yg nie pon sama gak...Nota-Nota Crazy nie buku tulisan Jayzuan tau...

Ok la kalau uolls bleh check link2 yg aku bg tu kalau teringin nak tambah kan pembaca2 entry berkenaan...SELAMAT MEMBACA~


P/s : maaf la screen shot kecik bebeno

Monday, March 16, 2015

MaKnA CinTa By MaRiA ALiNA~

Novel yg da lame aku beli dn baru perasan yg aku nie belum lagi story dlm nie...sekarang nie bile nak buat entry psl novel nie jer aku kene tgk list mn yg da story sbb lupe..kang ade yg repeat plak kan..penah aku da tulis separuh baru la perasan aku penah story pasal novel tu dlm nie...ok la jom aku share ckit sinopsis...
 
Zulaikha yg tinggal bersama neneknyer setelah kematian ibunyer...die di labelkan sebagai anak luar nikah...kerana khabar angin itu juga membuatkan bapa kandungnyer meninggalkannyer dan tidak pernah menjenguknyer sehingga die remaja...nasib malang yg menimpa Zulaikha sering kali mendapat perhatian Azril..Azril merupakan senior yg bersekolah di tempat lain..die selalu memberi tunjuk ajar kepada Zulaikha..sementara adik Azril iaitu Yusuf selalu memarahi Zulaikha kerana wanita itu melakukan kerja separuh masa di rumah keluarga mereka....Yusuf juga marah kerana satu insiden membuatkan die malu satu sekolah...
 
Kerana duit Zulaikha selalu pekak kan telinga dan sanggup di buli oleh Yusuf...dalam diam Zulaikha selalu berbalas surat dengan Azril...tetapi tidak tahu kenapa tetiba die tidak lagi berbalas surat dengan lelaki itu...mungkin kerana Zulaikha malu dengan statusnyer sebagai anak luar nikah...sehinggalah suatu hari selepas kamatian neneknyer Zulaikha die datangi oleh seorg lelaki yg mengaku sebagai ayahnyer, Zarin...sejak itu Zulaikha tinggal bersama ibu tirinya dan ayah kandungnyer...kehadiran Zulaikha tidak di senangi oleh ibu tirinya...menyedari hal itu, Zulaikha mengambil peluang untuk menyambung pelajaran di universiti dan tinggal di asrama...
 
Tanpa di sangka sekali lagi hidupnyer berubah apabila die bertemu dengan Yusuf semasa di unviversiti yg jugak merupakan seniornyer...menyedari Zulaikha adelah rakan sekampungnyer dulu die mula mahu mendekati wanita itu..kerana kecantikkan Zulaikha juga membuatkan Yusuf mahu Zulaikha menjadi miliknyer...tanpa di sedari Zulaikha mula menerima Yusuf walaupon pada asalnyer die cukup menyampah dengan lelaki itu...sedang hatinyer mula mahu berbunga2 menerima kehadiran Yusuf datang pula Azril...
 
 
Azril yg telah tamat belajar pulang ke Malaysia begi meneruskan kerjayanyer sebagai arkitek...die yg seronok dapat berjumpa dengan Zulaikha setelah sekian lame terputus hubungan...Azril tekad mahu melamar gadis itu sebagai isterinyer...jika dulu die was2 dengan keputusannya kini tidak lagi setelah mendengar kisah sebenar dari ayahnyer...lalu die menyuarakan hasratnyer kepada Zulaikha...Zulaikha keliru dengan perasaannyer sendiri...Azril lelaki yg banyak membantunyer sejak dulu lagi...apabila die di hina dan di cerca Azril selalu memberi kata2 semngat tapi kini hatinyer mula terpaut kepada Yusuf yg mula memberi perhatian terhadapnyer...
 
Dan akhirnyer die memilih Azril..Yusuf yg tidak tahu hasrat abgnyer pada mulanyer tidak terjangka sebenarnyer dalam diam Azril terlebih dahulu cuba merebut hati Zulaikha...akhirnyer Yusuf akur dengan pilihan wanita itu...bagi menyakitkan hati Zulaikha Yusuf selalu keluar dengan wanita lain...segala persiapan perkahwinan Azril dan Zulaikha telah giat di atur...sedang kan yusuf masih lagi tidak dapat menerima kenyataan itu...kalau nak tau jadi atau tidak Azril berkahwin dengan Zulaikha dan siapa plak Azimah nie?kenapa die selalu bersama Yusuf...adekah die dapat menerima Zulaikha sebagai kakak iparnyer semua nie uolls kene la beli novel nie...SELAMAT MEMBACA~


Monday, February 16, 2015

JatUh HaTi Di PaRiS By ZUrA RahMan~

Novel berharga RM22 nie mengisahkan Nadia dan Arief yg berkenalan sejak zaman universiti lagi..Perjalanan dengan menaiki kereta api laju TGV mempertemukan kan..sejak itu mereka menjadi pasangan kekasih jarak jauh kerana Nadia belajar di London dan Arief di US...setelah tamat pengajian Arief pulang dulu ke Malaysia...dengan harapan mahu menanti kepulangan Nadia setelah tamat pengajian nanti..tetapi setiba di Malaysia Arief dikehendaki menguruskan perniagaan milik keluarga dan perlu mengahwini wanita pilihan bapanyer...
 
Arief tidak bersetuju dengan cadangan bapanyer lalu dia membuat pilihan dengan keluar dari rumah...sejak itu juga dia terputus hubungan dengan Nadia...lalu Arief mengambil keputusan untuk pulang ke US kerana die mendapat tawaran pekerjaan di sn...sejak itu Nadia langsung tidak menerima khabar dari Arief...hilang begitu sahaja sehinggalah Nadia tamat pengajiannye...Setelah tamat pengajian Nadia pulang ke Malaysia dan memulakan kehidupan baru..perkejaan yg baru dan suasana yg baru tanpa Arief yg hilang entah ke mana..
 
 
9 tahun berlalu...Arief masih lagi di US dan Nadia masih di Malaysia meneruskan kehidupan...penat dengan mengadap kerja lalu Nadia dan rakan2nyer merancang percutian ke Ireland...semasa didlm kereta api perjalanan ke Budapest, Nadia bertemu dengan Arief...die yg terkejut dengan pertemuan itu hanya kelu dan berharap lelaki itu tidak perasan akan dirinyer....sebaliknyer berlaku apabila mengtahui Nadia adelah org yg dia jumpa dalam kereta api itu adelah bekas teman wanitanyer....Arief sedaya upaya cube memperoleh maklumat mengenai wanita itu...
 
Setelah pulang ke Malaysia Nadia berharap tidak akn bertemu dengan Arief lagi...die seperti rasa tertipu dengan lelaki itu...sementara itu die cuba menerima Jamil dlm hidupnyer...wlwpon dia tidak mahu memberi harapan kepada Jamil kerana takut lelaki itu akan kecewa nanti..Arief pulang ke Malaysia setelah 9 tahun menetap di US...pulangnyer adelah sebab abg sulungnya yg sedang sakit tenat...Arief terpaksa menggantikan abgnyer bagi menguruskan syarikat milik keluarga...
 
Beberapa bulan kemudian abg Arief meninggal dunia..dan die bertekad mahu mencari Nadia seperti yg dinasihati oleh arwah abgnya...dengan mengupah penyiasat persendirian akhirnye dia tahu dimana Nadia tinggal dan bekerja...Nadia yg terkejut apabila menerima panggilan dari Arief yg menghilangkan diri sejak 9 tahun yg lalu...sejak itu Arief sedaya upaya cuba memikat hati Nadia kembali...dan hari demi hari hubungan mereka kembali rapat...
 
Sementara itu Natasya yg pernah mahu dijodohkan dengan Arief kembali dalam hidup lelaki itu...die hairan kenape lelaki itu selalu mengelak akan dirinya dan susah mahu menerima dirinya...Natasya bertambah berang apabila mengetahui Arief keluar dengan wanita lain...Jamil yg mula dapat merasakan Nadia sentiasa cuba mengelakkan diri apabila bertemu dengannya...sedang kan dirinya semakin sayang kepada perhubungan mereka...
 
Nak tahu ape akan terjadi pada hubungan Arief dan Nadia..adekah hubungan mereka direstui oleh ibu bape Arief?macam mana pula dengan Natasya dan Jamil?siapa pula lelaki yg selalu mengekori Nadia?nak tahu jawapan die sila beli novel nie ok....SELAMAT MEMBACA~
 

Tuesday, January 13, 2015

MuTiArA HaTiKu ReFfLeSiA By BiLL BoRa~

Novel yg aku baru beli...beli novel nie sebab tgk dekat tv lunching die hari tue...harga RM24 jer...buku nukilan Bill Bora nie mengisahkan Anis Sophea yg berasal dari Sabah datang berkerja di Kuala Lumpur..die bekerja di butik mutiara terkenal di Malaysia Refflesia...semasa bekeje di sn die bertemu dengan Haris...Haris merupakan anak salah seorang pelanggan tetap butik itu...
 
Kerana percanggahan pendapat Haris & Anis tidak sebulu..sejak itu Haris sering teringat dekat Anis...malah die selalu memerihatikan Anis yang sedang bekeja di butik itu...Anis pelik melihat kedatangan Haris yg selalu lepak di cafe sebelah butik smbil memerhatikannye...Zarul, rakan sekeje Anis pelik melihat kelakuan Haris...Zarul sebenarnyer turut menyimpan perasaan terhadap Anis tapi takut mahu meluahkan perasaannyer..Zarul selalu melindungi Anis kerana takut gadis itu terpedaya di kota metropolitan ini...


Ikmal Reza model yg sedang popular datang ke butik Refflesia kerana ade photoshoot...Anis yg meminati Ikmal sgt teruja apabila di layan dengan baek oleh lelaki itu...rupenyer Ikmal turut berminat dengan Anis...Ikmal turut mengajak Anis keluar makan..Anis yg teruja dengan pelawaan itu terus bersetuju....dlm pada itu Haris telah bertemu dengan Anis dan meluahkan perasaannya kepada wanita itu...
 
Anis yg terkejut dengan pengakuan itu menganggap lelaki itu hanya bermain2...tetapi apebila Anis keluar bersama Ikmal dan terserempak dengan Haris timbul perasaan bersalah di hati Anis..die tidak tahu kenapa...semakin lama mengenali Ikmal Anis semakin tidak berkenan dengan perangai lelaki itu..lalu die menjauhkan diri dari Ikmal....
 
Haris yg sebenarnye telah di rancang jodoh oleh ibunyer...Haris memang tidak berkenan dengan Melly pilihan ibu die..lalu die makin nekad mahu memiliki Anis wlwpon die tahu ibunyer pasti ti bersetuju dengan pilihannyer...Sekali lagi Haris mengajak Anis dinner dan berjanji tidak akan menganggunyer dirinyer kalau Anis tidak selesa...Anis bersetuju dengan pelawaannye...Zarul mula berasa tidak sedap hati dengan pelawaan Haris...Zarul dpt merasa Anis turut menaruh perasaan terhadap Haris..
 
Dinner mereka telah membawa Anis ke kampung halamannyer di Sabah...semasa dinner tu telah terbongkar siapa sebenarnyer Haris...tanpa pengetahuan Haris Anis turut mengenali die tetapi bukan Haris yg sekarang....kalau nak tahu ape yg terjadi dengan hubungan Anis dan Haris kene beli buku nie...adekah Zarul meluahkan perasaannyer terhadap Anis....bagaimana pula dengan Ikmal?dan siapa pula Andrian....nak tahu sila beli ok novel nie...SELAMAT MEMBACA..


Tuesday, November 18, 2014

YaNg PeRnAh TerLukA By HaNa EfRiEnA~

Da lama rasanye xde story pasal novel kan..sebenarnyer ade jer aku beli novel every month tp macam mls plak nk citer dlm nie...tapi memandangkan xbz sngt ari nie so mari citer pasal novel nie..

Merlissa Umairah seorang wanita yg suke mempermainkan perasaan lelaki di zaman university...die yg sedang bercinta dengan Farid turut bermain kayu tiga dengan Nadzril..Nadzril yg memngetahui tentang perkara itu sgt kecewa...di tambah pula dengan skit yg sedang dihidapinye..tanpa pengetahuan ibunye Nadzril memberitahu sahabat baeknyer Firdaus tentang penyakitnyer dan mengenai Merlissa..Firdaus bertambah kecewa apabila Nadzril mengambil jln pendek dengan membunuh diri kerana tidak tahan dengan tekanan dari penyakit yg dihidapi, kecewa terhadap Merlissa dan pelajarannya...


Setelah kematian Nadzril, Firdaus bernekad mahu membalas dendam terhadap Merlissa...Tiga tahun berlalu..Merlissa meneruskan kehidupannya seperti biase...die telah banyak berubah...tidak lagi mempermainkan perasaan lelaki,sudah bertudung dan membuka taska bagi mengisi masa lapang...Firdaus plak masih dgn dendamnyer...sehingga suatu hari Firdaus mahu mendaftar anak saudaranyer ke sebuah taska...kebtolan taska berkenaan kepunyaan Merlissa...mengetahui perkara tersebut Firdaus memulakan agendanya...

Dia mula berbuat baek terhadap Merlissa..dan Merlissa mula senang dengan Firdaus...mengetahui Merlissa sudah masuk  perangkapnya lalu die pon mula mencabul wanita itu...lalu die mendesak Merlissa menerima lamarannya..die turut mengugut kemungkinan Merlissa akan mengandung..lebih baek terima shaja lamarannya...Merlissa yg takut dengan ancaman itu akhirnyer menerima lamaran Firdaus...dan sudah semestinye Firdaus menceritakan kepada Merlissa siapa dirinyer yg sebenar...

Selepas berkahwin bermula la episod duka dalam hidup Merlissa..die selalu di seksa secara fizikal dan mental..die redha kerana tahu Firdaus melakukan semua itu kerana mahu membalas dendam terhadap perbuatannya dahulu...dalam pada itu Firdaus mula hairan dengan perasaannyer..terutama apabila melihat Merlissa rapat dengan Zarief...pertemuan yg hanya dengan kebtolan membuatkan mereka bertambah rapat...

Tanpa pengetahuan Firdaus Zarief dan Merlissa mempunyai hubungan...begitu jugak dengan Puan Norly emak kepada Nadzril...kalau uolls nak tahu ape siapa sebenarnya Zarief dengan Merlissa dan kenapa Zarief xbagi Merlissa beritahu hubungan mereka kepada sesiapa kene la beli novel nie...semuanya akan terjawab..akan tahu siapa ank angkat Puan Norly yg telah menyentuh hati Firdaus dan kenapa kelibat arwah Nadzril selalu kelihatan bersama Firdaus dan Merlissa...SELAMAT MEMBACA~


Monday, September 8, 2014

NikAhi AkU KeRanA DiA~

Novel yang da lama aku beli dan baca...Mengisahkan Maryam Darleena yang merupakan ank tunggal kepada Afidah dan Firdaus...kerana salah faham ibu dan bapanya menyebabkan Darleena merajuk dengan mereka..lalu dia membawa diri dan tidak mahu dihubungi oleh mereka.. Darleena menjadi guru di sebuah sekolah menengah di sebuah pekan...di pekan tersebut Darleena berkenalan dengan abg kepada pelajarnye Tuah Ithar...

Tuah Ithar pada mulanyer selalu salah faham dengan cikgu adiknya tetapi lame kelamaan dia mula jatuh hati dengan wanita itu...di saat Tuah mahu melamar Darleena...Darleena telah menolak kerana tahu kekurangan yang ade pada dirinya..Tuah yg pelik dengan penolakkan Darleena keliru kerana wanita itu melayannya dengan baek tetapi kenapa die menolak lamarannya...Akhirnya Darleena menerangkan kepada Tuah sebab die menolak lamaran lelaki itu...

Apabila memngetahui sebabnya, lalu Tuah memujuk Darleena agar menemui keluarganya..Darleena keberatan sebenarnya tetapi Tuah memberi peringatan yg mereka memerlukan restu dari keluarganya apabila mahu berkahwin nanti...Lalu sejak itu hubungan Darleena dan keluarganya bertambah baek dari hari ke hari....


Sementara itu keluarga Tuah sendiri pon mempunyai masalah sendiri...demi Tuah, Darleena turut menyelesaikan masalah keluarga lelaki itu...Darleena yg telah menjadi isteri Tuah bertambah gembira kerana lelaki itu melayannya dengan baek..walaupon tahu mengenai kekurangan dirinya...sehinggalah suatu hari Tuah berjumpa kembali dengan bekas tunangnya, Mira...Mira meninggalkan Tuah kerana tidak tahan mahu menunggu lebih lama lagi...Tuah terlalu melindungi adik2nya...dia mahu melihat adik2nya berjaya dulu barulah die mahu berkahwin...

Mira kembali dan terkejut apabila melihat Tuah telah berkahwin...Mira yang masih lagi mencintai lelaki itu cuba mendekati Tuah...apabila Mira disahkan mengandung dan dia memberitahu Tuah dia telah bercerai dengan suaminya...Tuah yang kesian dengan Mira selalu menemani wanita itu semasa membuat medical check up...Tuah dapat rasakan seperti dia yang bakal menjadi bapa...tanpa pengetahuan Darleena dia sentiasa menghubungi Mira dan melayan kerenah Mira yang mengidam macam2...


Kalau nak tahu apakah akan terjadi dengan hubungan Mira dan Tuah...apa pula akan terjadi apabila  Darleena mengetahui Tuah masih berhubung dengan bekas tunangnya..siapa pula suami Mira?adakah benar mereka telah bercerai?apa pula kaitan Darleena dan suami Mira?kalau nak tahu kesudahan cerita nie..boleh la dapat kan di kedai buku berhampiran...SELAMAT MEMBACA~

Monday, June 23, 2014

MuSuHKu SuAMikU~

Novel ini da lame aku beli...baca pon rasanyer da lebih 4 5 kali bila check2 balik rupenyer aku xder story dalam nie..meh aku story ckit pasal novel nie..Lysa merupakan anak yatim yg pernah tinggal di rumah anak2 yatim...sejak kecik dia rapat dgn Nadieya...Nadieya yg selalu di buli sering dilindungi oleh Lysa..sehinggakan apabila mereka memasuki universiti yg sm mereka selalu digelarkan pasangan lesbian kerena keakraban mereka...wlwpon begitu Lysa tidak pernah kesah kerana die sudah menganggap Nadieya seperti adiknyer sendiri...

Sehinggalah terjadinyer insiden dimana Lysa ditangkap basah bersama Rafeeqi lelaki yg selalu mengejeknyer lesbian sejak zaman di universiti lg...kerena insiden itu mereka terpakse di nikahkan bagi menutup malu keluarga Rafeeqi yg terpengaruh...Sejak itu mereka saling membenci antara satu sm lain..Rafeeqi menganggap Lysa mahu memerangkapnyer dan membolot kekayaan milik keluarganyer..sementara Lysa pulak benci dengan Rafeeqi yg selalu menjaja cerita bahawa die seorg lesbian....persengketaan antara mereka berlanjutan sehinggalah Rafeeqi membuat keputusan akan menceraikan  Lysa selepas 6 bulan...


Sementara itu sejak ditangkap basah dengan Rafeeqi, hubungan Nadieya dan Lysa renggang...Nadieya terpangaruh dengan kata-kata teman lelakinyer bahawa Lysa saja memerangkap Rafeeqi...Lysa melalui hari2 yg payah dengan Rafeeqi..tetapi lame kelamaan hubungan antara mereka bertambah baek dan menjadi rakan...

Timbul perasaan sayang dihati Lysa terhadap Rafeeqi tetapi die tahu lelaki itu masih mencintai arwah kekasihnyer...sehinggalah suatu hari Rafeeqi memdapat tahu bahawa die diperangkap oleh rakan baeknyer sendiri di atas kejadian tangkap basah itu..bukannyer Lysa yg memeperangkapkan nyer...Ameer yg merupakan teman lelaki Nadieya terkejut akhirnyer Rafeeqi tahu itu perbuatannye..Nadieya yang terkejut dengan berita itu mula menyesal kerana tidak mempercayai Lysa...

Sejak itu hubungan Nadieya dan Lysa kembali pulih tetapi tidak hubungan Nadieya dan Ameer....Dalam masa yg sm Ameer jatuh sakit...Rafeeqi yg kesian melihat keadaan Ameer telah memujuk Lysa agar memaafkan lelaki itu...wlwpon pada mulanyer Lysa susah mahu memaafkan lelaki itu tetapi dia akur kerana tahu setiap org tidak lari dlm membuat kesalahan..Rafeeqi dan Lysa telah merancang mahu memulihkan hubungan Ameer dan Nadieya dan usaha mereka berjaya...tetapi tempoh 6 bulan perkahwinan mereka telah sampai di penghujungnyer...

Adekah Rafeeqi akan menceraikan Lysa?Tidak sayangkah Rafeeqi pada Lysa?Bagaimana pula dengan Lysa sanggupkah die berhadapan dengan ibu mertuannyer yg sayang dengannyer....Mungkinkah Lysa akan menyatakan rasa sayangnyer pada Rafeeqi?Kalau nak tau semuanyer kene la beli novel nie....SELAMAT MEMBACA~


Tuesday, May 27, 2014

BiSaKaH Aku KaU CinTa By AmeeRa EliSha~


Nur  Eisya Balqis seorang student yg masih menuntut di sebuah universiti...Dan Asyfar pulak merupakan salah seorang dari pensyarahnyer yg selalu mencari kesalahan Eisya...setiap perbuatan Eisya menjadi salah di mata pensyarahnyer...sehingga la suatu hari mak Eisya memberitahu bapanyer jatuh sakit dan mahu Eisya pulang ke kampung...Dalam keadaan terdesak Asyfar menawarkan bantuan untuk menghantar Eisya pulang ke kampung...

Eisya pulang ke kampung dengan ditemani pensyarahnyer...Dikampung bapanyer meminta Eisya menunaikan permintaan bapanyer iaitu berkahwin...bapanyer mahu melihat Eisya berkahwin sebelum bapanyer menutup mata...risau dengan permintaan bapanyer Eisya mula serba salah...Pulang sahaja dari kampung Eisya terus mencari teman kampusnyer Hilfi...Hilfi sebelum nie pernah menyatakan perasaannyer terhadap Eisya tetapi ditolak oleh Eisya..

Dengar perkhabaran yg Eisya sudi menerimanya, Hilfi melonjak kegembiraan...Tetapi Asyfar pulang dirundum kesedihan apabila melihat Eisya dan Hilfi mula rapat...Eisya terpaksa memilih Hilfi wlwpon hatinyer tidak ade rasa kasih terhadap jejaka itu...Jika bukan Hilfi siapa lagi..die tidak mahu dikahwinkan dengan Mus...Die mempunyai sejarah hitam dengan Mus...die hairan kenapa bapanyer mahu die berkahwin dengan Mus..bukan bapanyer tidak tahu siapa Mus sebenarnyer...

Sehinggalah Asyfar mula nekad untuk memperisterikan Eisya...Eisya yg terkejut dengan pelawaan pensyarahnyer mula memikirkan adekah wajar die menerima lamaran itu...sedangkan Hilfi mengkianatinyer tanpa disangka...lalu Eisya bersetuju kerana tidak mahu dikahwikan oleh Mus oleh bapanyer...Bapanyer turut berpesan agar Eisya memberitahu sejarah hitamnyer kepada Asyfar agar tidak timbul fitnah di kemudian hari..tetapi Eisya tidak mengikut nasihat bapanyer...

Kalau nak tahu apekah akan terjadi dengan perkahwinan Eisya dan Asyfar?bagaimana pula rahsia dan sejarah hitam Eisya terbongkar?Siapa pula Firdaus dan Rina?kalau nak tahu uolls kene la beli novel nie...murah jer RM22..SELAMAT MEMBACA~

Monday, April 14, 2014

KisAh NaZ DaN KhaAlisH~

Novel yg mengisahkan Nazrahani Idora yg berjumpa dengan Zaim Khaalish semasa percutiaannyer di Bali..kerana tenungan Naz itu membuangkan Khaalish sangsi,samada die mengenali wanita itu atau tidak..wajah wanita itu diamati tetapi die tidak menginngati siapa Naz..Dengan itu Khaalish mula merapati wanita itu dan cuba mengenali wanita yg penuh misteri...ternyata Naz istimewa dimatanyer..tidak seperti wanita2 yg pernah die kenali seblum ini...

Pada hari terakhir di Bali,Khaalish menghantar Naz ke airport bagi wanita itu meneruskan percutiaannyer ke Melbourne..diakhir pertemuan itu Naz nekad mahu memulangkan kembali ape yg selama 4tahun die simpan...Cincin yg diserahkan kembali kepada Zaim Khaalish ternyata membuatkan lelaki itu binggung...siapakah sebenarnya Naz?Identiti wanita itu tidak banyak dia ketahui..Naz seolah2 tidak mahu dikenali dan sengaja mengelak untuk perhubungan itu di panjangkan...


Semasa dalam perjalanan pulang ke Malaysia barulah Khaalish teringat tunangannyer yg tidak pernah dikenalinya dulu...die pernah bertunang dengan seorg wanita yg tidak dikenalinyer 4 tahun lepas...ibunyer menjalankan pertunangan itu tanpa persetujuaanyer kerana mahu die berpisah dengan Shonnie,teman wanita yg terlalu die kasihi...akhirnyer pertunangan itu hanya gatung tidak bertali dan Naz membuat keputusan menyambung pelajarannyer ke luar negara setelah penat menunggu sama ada pertunangan mereka berakhir dgn perkahwinan atau putus sahaja...

Lalu Khaalish mula berasa bersalah dengan ape yg telah die dan keluarganya lakukan terhadap Naz...untuk mendapatkan kepastian, Khaalish berjumpa dengan ibunya dan menunjukan cincin pertunangannya..ternyata ibu Khaalish masih ingat akan cincin itu..lalu ibunyer menelefon sahabat karibnyer bagi memastikan di mana Naz berada ketika ini...dan Khaalish mahu memastikan juga adekah Naz yg die jumpa di Bali tempoh hari adelah betol tunangannya...

Ternyata benar Nazrahani Idora itulah wanita yg sama die jumpa di Bali...sejak itu Khaalish mula cuba mengenali wanita itu...memngikuti setiap perkembangan wanita itu dengan membaca setiap novel2 tulisan Naz dan senantiasa berhubung dengan rakan baek Naz, Reham..Ternyata kasih dan sayang terhadap Naz telah mula berputik..sehingga Khaalish snggup ke mana sahaja mengikuti Naz..dari menjelajah Kuala Lumpur, Putrajaya sehinggalah ke tempat Naz berkeje iaitu Laos.

Naz yg sudah tawar hati dengan Khaalish,nampak kesungguhan lelaki itu yg mahu memujuk hatinyer kembali...lame kelamaan hati Naz terbuka sedikit dengan kehadiran Khaalish...tapi sudikah Naz menyambut lamaran Khaalish?Setujukah ibu bapa Khaalish apabila mengetahui Naz akan kembali menjadi menantu mereka setelah sekian lama mereka bertunang...apakah akan terjadi apabila Shonnie datang mahu menuntut Zaim Khaalish...adekah lelaki itu mahu berpaling terhadap cinta Naz yg baru berputik atau kembali pada cinta lamenyer...kene baca novel nie...SELAMAT MEMBACA~