*Hyperion
Hyperion adalah sebuah bulan di Zuhal yang ditemui pada 16 September 1848 oleh William Cranch Bond, George Phillips Bond dan William Lassell. Bentuk bulan ini menyerupai bentuk span. Putaran bulan ini tidak seperti Bumi dan Bulan, atau satelit semula jadi yang lain dalam sistem suria.
* Pholiota
Pholiota ialah genus cendawan kecil hingga berisi dalam famili Strophariaceae. Genus ini bertaburan meluas terutamanya di kawasan iklim sederhana, dan mengandungi kira-kira contains 150 spesies.
* Nynorsk
Nynorsk (harfiah "Bahasa Norway Baru") merupakan salah satu daripada kedua-dua tulisan piawai rasmi Bahasa Norway, yang lain ialah Bokmål. Hanya kira-kira 10% daripada penduduk Norway menggunakan Nynorsk sebagai bahasa tulisan utama mereka.
Nynorsk berdasarkan pada loghat-loghat Bahasa Norway dan dicipta oleh Ivar Aasen pada abad ke-19 sebagai alternatif Norway kepada Bahasa Denmark (yang Bokmål berasaskan) yang ditulis secara umum di Norway semasa itu.
* Python
Python ialah sebuah bahasa pengaturcaraan aras tinggi yang dicipta oleh Guido van Rossum pada tahun 1991. Ia merupakan sebuah bahasa ditafsir, interaktif dan berorientasi objek.
Python adalah beraneka paradigma, menggunakan sistem penjenisan dinamik dan pengurusan memori automatik. Oleh kerana itu, ia lebih kurang sama dengan Perl, Ruby, Scheme, Smalltalk dan Tcl.
Pelaksanaan piawai untuk bahasa ini ialah CPython. CPython dikendalikan oleh Yayasan Perisian Python yang bukan untung di bawah model pembangunan sumber terbuka iaitu diterbitkan di bawah Lesen Python, CPython adalah sebuah perisian bebas
* Hymenoptera
Hymenoptera adalah salah satu order terbesar serangga, mengandungi lalat gergaji (sawfly), penyengat, lebah dan semut. Terdapat lebih 130,000 spesies yang dikenalpasti, dengan banyak lagi yang belum dikenalpasti. Namanya merujuk pada sayap berat bagi serangga, dan diambil daripada bahasa Yunani Kuno (himen): membran dan (pteron): sayap
Nie la antara perkatan2 yg aku sempat search dkt Wikipedia...so uolls klu rs kemusykilan terhadap ape yg uolls bc dan nk tau ape maksud bleh jer check kat situ...ok la sblom terlupe SELAMAT MENJALANKAN IBADAH PUASA SUME~
Isi kandungan[sorokkan] |
No comments:
Post a Comment