Monday, September 8, 2014

NikAhi AkU KeRanA DiA~

Novel yang da lama aku beli dan baca...Mengisahkan Maryam Darleena yang merupakan ank tunggal kepada Afidah dan Firdaus...kerana salah faham ibu dan bapanya menyebabkan Darleena merajuk dengan mereka..lalu dia membawa diri dan tidak mahu dihubungi oleh mereka.. Darleena menjadi guru di sebuah sekolah menengah di sebuah pekan...di pekan tersebut Darleena berkenalan dengan abg kepada pelajarnye Tuah Ithar...

Tuah Ithar pada mulanyer selalu salah faham dengan cikgu adiknya tetapi lame kelamaan dia mula jatuh hati dengan wanita itu...di saat Tuah mahu melamar Darleena...Darleena telah menolak kerana tahu kekurangan yang ade pada dirinya..Tuah yg pelik dengan penolakkan Darleena keliru kerana wanita itu melayannya dengan baek tetapi kenapa die menolak lamarannya...Akhirnya Darleena menerangkan kepada Tuah sebab die menolak lamaran lelaki itu...

Apabila memngetahui sebabnya, lalu Tuah memujuk Darleena agar menemui keluarganya..Darleena keberatan sebenarnya tetapi Tuah memberi peringatan yg mereka memerlukan restu dari keluarganya apabila mahu berkahwin nanti...Lalu sejak itu hubungan Darleena dan keluarganya bertambah baek dari hari ke hari....


Sementara itu keluarga Tuah sendiri pon mempunyai masalah sendiri...demi Tuah, Darleena turut menyelesaikan masalah keluarga lelaki itu...Darleena yg telah menjadi isteri Tuah bertambah gembira kerana lelaki itu melayannya dengan baek..walaupon tahu mengenai kekurangan dirinya...sehinggalah suatu hari Tuah berjumpa kembali dengan bekas tunangnya, Mira...Mira meninggalkan Tuah kerana tidak tahan mahu menunggu lebih lama lagi...Tuah terlalu melindungi adik2nya...dia mahu melihat adik2nya berjaya dulu barulah die mahu berkahwin...

Mira kembali dan terkejut apabila melihat Tuah telah berkahwin...Mira yang masih lagi mencintai lelaki itu cuba mendekati Tuah...apabila Mira disahkan mengandung dan dia memberitahu Tuah dia telah bercerai dengan suaminya...Tuah yang kesian dengan Mira selalu menemani wanita itu semasa membuat medical check up...Tuah dapat rasakan seperti dia yang bakal menjadi bapa...tanpa pengetahuan Darleena dia sentiasa menghubungi Mira dan melayan kerenah Mira yang mengidam macam2...


Kalau nak tahu apakah akan terjadi dengan hubungan Mira dan Tuah...apa pula akan terjadi apabila  Darleena mengetahui Tuah masih berhubung dengan bekas tunangnya..siapa pula suami Mira?adakah benar mereka telah bercerai?apa pula kaitan Darleena dan suami Mira?kalau nak tahu kesudahan cerita nie..boleh la dapat kan di kedai buku berhampiran...SELAMAT MEMBACA~

No comments: