Sunday, August 18, 2013

RoKoK NaN SeBaTaNg~

Novel terbitan Lejen Press nie aku suke sbbnyer novel nie lain dari yg lain..bukan novel cinta yg biase aku bc dan die bukan novel cinta pon...aku bleh kategori kan kepada novel makan...sbb ape mkn sbb mmg novel memperkenalkan tempat2 mkn yg sedap dan best....Ia mengisahkan Romi yg melalui rutin harian yg sama setiap hari...die yg merupakan agent insurance mula berasa busan dan hidupnyer yg sm...setiap hari selepas keje die akan pegi makan nasi goreng kampung di kedai mamak berhampiran rumahnyer....


Sehinggalah 1 hari semasa sedang makan dikedai mamak, Romi disapa oleh seorang pemuda bernama Wan..bermula pekenalan 2 mereka menjadi kawan...Wan mule mencadangkan kepada Romi agar mengikutnyer jalan mencari makanan sedap...Romi yg takut kerana akan dibuang keje mule bersetuju apabila Wan memberi kata2 pendorong...bermula makan2 makanan di sekitar klang valley Wan mengajak Romi ke Pahang merasai gulai asam rong...

Di Pahang Wan dan Romi menumpang tido dirumah kawan Wan iaitu Rusdi...Rusdi yg kejenyer hanya melepak selalu di leteri oleh ayahnyer...malah ibu Rusdi juga pandai memasak...nasi goreng kampung hasil air tangan ibu Rusdi ternyata berbeza dgn nasi goreng kampung yg selalu die mkn di kedai mamak...malah mmg begini la rasa nasi goreng kampung yg mmg ssh nk jumpa sekarang nie....semasa Wan dan Romi mahu meneruskan destinasi mereka dr Pahang...rupenyer Rusdi menyelinap masuk ke dalam kereta Wan...Rusdi yg busan kerana asik dileteri oleh bapanyer lalu berhajat mahu menyertai mereka...


Semasa dalam perjalanan ke Melaka mereka berjumpa dgn Pak Azmi..seorg tenaga pengajar di sebuah sekolah pondok...die mahu menumpang sehingga ke Benut, Johor..mereka yg kebtolan menghala ke selatan bersetuju mahu menumpangkan Pakcik Azmi...kehadiran Pakcik Azmi tidak disenangi oleh Wan...Ini kerana Pakcik Azmi suka memberi nasihat atau khutubah mengenai kelakuan Wan...wlwpon begitu Wan tidak pernah mahu mnghalau org tua itu...kemudian mereka bertemu Bunga Ramona...seorang gadis dari Perak yg mahu ke Singapura kerana mahu bertemu kekasihnyer disana...

Mereka meneruskan pengembaraan mencari makanan sedap wlwpon ahli bilangan mereka semakin bertambah....hanya dgn menaiki volvo lame milik Wan sudah banyak kedai dan negeri mereka jelajahi...dan timbul pelbagai persoalan diantara mereka...Romi mule curiga dan Wan...lelaki itu selalu mengeluarkan duit setiap kali mereka makan..bukan itu shaja duit hotel mereka pon dibayar oleh Wan...apekah pekerjaan die?Wan mule tidak mempercayai Pakcik Azmi...die ragu2 dgn kealiman lelaki tua itu....Bunga Ramona pula dapat merasaikan yg Romi mule sukanyer....sementara Rusdi plak mule ragu2 apabila mendengar Pakcik Azmi menasihatnyer apabila mengetahui lelaki itu lari rumah...

Klu nk tahu kesudahan penjelajahan mereka kene la beli buku nie...selain dapat keseronokan membaca..beleh tambah pengetahuan mengenai tmpat mkn yg best dan pengetahuan tentang tmpt2 di M'sia...SELAMAT MEMBACA~

No comments: