Tuesday, March 18, 2014

KaMi HiSteRiA~


Yes mmg da lame movie nie kat panggung tp aku still nk citer kpd sesape yg blom lg tgk citer nie..mmg wajib tonton ok...ms nie aku mmg mls nk keluar tp memandangkan nk jugak tgk citer nie so aku n mysis ke MBO Space U8 yg paling dekat tgk citer nie..ms tgk movie nie pon da minggu terakhir..byk panggung da start xtayang da...moh aku story cikit pasal movie nie..die mengenai 5 anak muda yg merupakan pelajar kolej..mereka menubuhkan band yg diberi nama Kami Histeria...mereka di anggotai oleh Jojo (drum) peanut(bass)laila(vokalis) bad (gitar utama) dan Airin(keyboard)

Mereka berlima telah berpindah ke sebuah rumah bagi memudahkan mereka berlatih setiap kali lepas habis kelas...Di rumah baru mereka berjiran dgn seorang pemuda yg turut menjadi kegilaan Airin..tetapi dlm pada ms yg sm Bad dan Laila turut menaruh hati terhadap pemuda itu..bermulalah suatu malam semasa mereka mereka merekod lagu mereka terrekod suara yg hantu mengilai...pada mulanye mereka tidak perasaan tapi apabila keesokkan harinyer baru lah mereka sedar akan suara itu...


Selepas berbincang mereka bersetuju untuk upload lagu mereka itu ke dlm youtube...dengan sekelip mata lagu mereka hit dan digemari jutaan peminat...lalu mereka bercadang merekod lagu baru mereka..tetapi kali nie lagu mereka seolah2 tidak menjadi...ramai yg tidak tahu kewujudan lagu itu dan tidak mendapat sambutan...mereka dapat merasa pasti ada kene mengena dgn suara yg ade dlm lagu pertama mereka..Dengan cadangan Bad mereka pergi mencari pemilik suara itu di hutan belakang rumah mereka...

Bertemulah mereka dengan Cik Lang (langsuir)..Cik lang bersetuju menunaikan hasrat mereka berlima tuk merakam suara Cik Lang...Dengan syarat sekiranya lagu mereka kali ini meletup maka mereka perlu menunaikan permintaan Cik Lang tersebut...mereka bersetuju..seperti yg dijangka kan lagu mereka meletup dan digemari ramai...sehingga mereka lupe akan janji mereka dgn Cik Lang...Suatu hari Cik Lang datang menuntut janji....


Kalau nk tahu ape yg Cik Lang mahukan kene la uoll pegi beli DVD citer nie..mmg best uolls...kelakar pon yer gak...sgt sntai movie nie...klu nak tahu kesudahan die..iaitu ape terjadi dgn Cik Lang..dapatkah mereka menunaikan hasrat Cik Lang dan ape pula terjadi dgn Kami Histeria...jgn lupe tonton...SELAMAT MENONTON~


No comments: