Tuesday, March 11, 2014

OrIgInaL SiN By TaSmiNa PeRry~

Hari nie nk story mengenai novel nie...novel nie aku beli dkt Popular..masa 2 dorang buat sales..RM8 jer buku nie..so apelagi mari rembat la kan...ok novel nie mengisahkan keluarga Asgill..Asgill memiliki syarikat cosmetic yg sangat terkenal di era tahun 1960-an..Semasa perkahwinan Meredith dgn suaminyer terjadi 1 tragedi yg melibat kan seorg pelakon dan juga model...kerana tragedi 2 lah membuatkan keluarga Asgill senantiasa menjadi perhatian..

Tess Garrett merupakan seorang editor di sebuah akhbar di London..kerjayanya yg dulu berada di puncak mula menurun apabila berita2 yg disiarkan olehnyer kurang mendapat sambutan...sehingga die mendapat gambar dari teman baeknyer yg Sean Asgill anak bongsu dari keluarga Asgill sedang menjalani counselling akibat tertangkap semasa menghadri parti seks di London...Peguan keluarga Asgill ke London apabila mengetahui gambar 2 sudah sampi ke tangan Tess..Lalu peguam berkenaan menawarkan sejumlah wang agar Tess tidak menyiarkan cerita itu di akhbar...

Tetapi Tess berdegil die tahu dengan berita itu pasti namenyer akan menjadi perhatian...sehinggalah Meredith sendiri datang bertemu dgn Tess dan menawarkan pekerjaan kepada Tess..iaitu dgn menjadi Publicity bg keluarga Asgill..Tess yg terkejut dgn tawaran itu menerimanya kerana telah lame mengidam kan untuk kerja di bandaraya New York...Keluarga Asgill memerlukan Asgill kerana Brooke akan berkahwin dgn keluarga berpengaruh di  New York, iaitu David Billington..

   
David Billington merupakan lelaki yg digilai ramai..kerjaya dalam bidang penyiaran dan dari keluarga yg berpengaruh dan di ramalkan juga David akan menyertai ahli kongres pada musim akan datang...maka Meredith memerlukan Tess bg menghalang segala gossip2 liar dan berita2 yg bakal tersiar di media nanti...

Dengan perkahwinan ini juga kemungkinan saham cosmetic company mereka juga akan naik...William yg menerajui syarikat cosmetic Asgill sejak kematian bapanyer mula menampakkan goyah...Liz adik William mula tidak berpuas hati di atas prestasi syarikat..di mula menyalahkan William dalam membuat keputusan...Liz mula memujuk ibunye, Meredith agar re-branding sesetgh product syarikat mereka tetapi tidak dipersutujui oleh ibunya...

Sementara itu Tess mula menyesuaikan diri dengan kehidupannyer di New York tanpa rakan baeknyer dan teman lelakinyer...Dom teman lelaki Tess masih di London meneruskan kerjaya sebagai wartawan bagi majalah perlancongan...kesibukan Tess menyebabkan die tiada masa mahu melawat Dom di london...Tess terpaksa menyelesaikan masalah Brooke dan teman seuniversiti dengannya, Matt..Liz dengan org yg mengugutnya mahu melaporkan kepada wartawan mengenai hubungan seks mereka...Paula (isteri william) dan sejarah hitamnya dan juga tragedi semasa perkahwinan Meredith...


Kalau nak tahu ape kesudahan novel nie boleh la pegi cari dkt kedai buku yang berhampiran...serius byk suspen dlm novel nie....mesti korang xsangka dengan kesudahan die..ok la SELAMAT MEMBACA~

No comments: