Friday, November 14, 2014

FatEd To LoVE YoU - KoReAn DrAmA~

Last week baru jer habis tgk citer Fated To Love You...ingat x dulu aku ade citer pasal drama Korea Cheongdamdong Alice ...lepas jer abis citer tu survey2 gak citer ape yg best..tetibe aku tgk dalam byk2 list drama yg latest ade la nampak muke Jang Nara..ingat x dulu die ade belakon dulu..pas tu snyap kejap..so mari follow citer die...masa tu br 2 episode kirenyer berzaman gak la nak tggu die upload episode yg baru...

Meh aku story kan citer die...Mengisahkan seorg gadis bernama Kim Young yg dipanggil posted girl di opisnyer..die selalu diarahkan kesana kemari membuat kerja yg remeh seperti membeli makanan untuk rakan sekerja,membuat kerja2 filling dan copy document...sehingga lah satu hari pejabatnyer membuat lucky draw...dan Kim Young memenangi hadiah pakej percutian ke Macau..

Sementara itu Gun merupakan president di sebuah syarikat yg terkenal di Korea..die mewarisi perniagaan keluarga...ibu tiri dan adik tirinya sedang cuba merebut jawatan president dengan pelbagai cara...tetapi Gun di bantu oleh neneknyer yg mahu die cepat berkahwin agar dapat pewaris bagi mengantikannya kelak...teman wanita Gun, Sera sgt sibuk dengan kerjayanya sebagai seorang penari balet...Sera belum mahu berkahwin dan Gun terpakse memberi pelbagai alasan kepada neneknyer bagi menangguhkan perkahwinan mereka...


Sehingga la suatu hari semasa Kim Young dalam perjalanan pulang ke opis selepas menyelesaikan tugas die bertembung dengan Gun yg baru shaja membeli cincin bg melamar Sera...Cincin berkenaan terlepas dari tgn Gun dan mereka die kejar oleh anjing..lalu Kim Young membantu Gun...selepas kejadian berkenaan mereka skali lagi bertemu di Macau..

Di Macau, Kim Young telah tersalah masuk bilik kerana pening dan Gun pula yg sedang menunggu Sera dating ...tetapi dlm pada itu Gun sedang mabuk..lalu die mengingatkan Kim Young adelah Sera...pada keesokan harinyer baru la mereka tersedar bahawa mereka berdua telah tido bersm...lalu Gun mengarahkan pihak hotel membenarkan die melihat CCTV...semuanye terungkap apabila itu adalah angkara abg ipar Kim Young...Gun mula merasakan yang Kim Young mahu memerangkapnyer...

Kim Young yg datang ke Macau bersama teman opisnye juga lelaki yg sudah lama die admire terkejut apabila pulang ke biliknye melihat lelaki itu bersama wanita lain..Kim Young marah dan sedih tetapi lelaki itu berlagak dan menghina Kim Young...Gun yg kesian melihat Kim Young lalu membantu wanita itu dengan melantik seseorg untuk gromming Kim Young...Hubungan Gun dan Kim Young kembali baek dan mereka mahu melupakan apa yg terjadi di Macau tu...


Selepas kembali ke Korea, masing2 menjalani rutin harian seperti biase...sehingga lah Gun bertemu kembali dgn Kim Young di tempat keje Kim Young...Gun mula memberikan kata2 smngat kepada Kim Young...beberapa bulan kemudian Kim Young di sahkan mengandung..apabila maknyer mengetahui Kim Young mengandung maknyer mahu Kim Young memberitahu siapa ayah kepada anak yg di kandungkan...Kim Young tidak memberitahu dan berjanji akan menjaga anak itu dengan sendiri..

Kebetulan Gun datang ke kampung Kim Young kerana mahu mengambil tanah mereka untuk dijadikan projek pembangunan...Abg ipar Kim Young yang tahu tentang kejadian di Macau lalu menangkap Gun dan akhirnyer mak Kim Young mahu mereka berkahwin...Gun terpakse berkahwin kerana neneknyer mahu kan pewaris dan Sera senyap tanpa kabar berita selepas tidak dapat datang ke Macau menemani Gun...

Bermulalah kehidupan sebagai suami isteri antara mereka...Gun mula menyediakan kontrak kepada Kim Young...apabila anak mereka lahir mereka akan bercerai dan anak itu akan di beri kepada Gun..Kim Young sedih kerana tindakan Gun tu turut sama seperti mempergunakannya...dalam pada itu nenek Gun melayan Kim Young dengan baek...lama kelamaan Gun mula jatuh cinta dengan Kim Young...

Sehinggalah terjadi pelbagai perkara yg tidak di ingini...Gun mengalami kemalangan dan hilang ingatan...Sera kembali kepangkuan Gun dan mendapati lelaki itu telah berkahwin...dan Kim Young kemalangan dan mereka kehilangan anak mereka...kerana peristiwa itu jugak membuatkan kan Kim Young sedih dan tawar hati lalu membawa diri ke Paris...


Kalau nak tahu apa terjadi pada perhubungan mereka?adakah Kim Young kembali semula ke Korea?Jika kembali die masih cintakah kepada Gun?dan adekah Gun kembali semula dan berkahwin dengan Sera? Dan ade sebab kenapa Gun melepaskan Kim Young pada ketika itu wlwpon die mencintai wanita itu...kalau nak tau kesudahannyer pergi la cari tgk dkt mn2 online skang nie bersepah...yg biase aku tgk dekat DramaCrazy...ok la SELAMAT MENONTON~






* Picture -sumber dari google


No comments: