Hari nie kt blaja perkataan yg susah nk jmp dan kdg2 ssh gak nk sebut...
* Collepasso
Collepasso merupakan sebuah bandar dan komun di Wilayah Lecce, Apulia, Itali.
*Noord-Brabant
Wilayah Noord-Brabant (Templat:Asal kata) terletak di Belanda bahagian selatan. Ibu kotanya adalah Den Bosch ('s-Hertogenbosch). Bandar-bandar penting lainnya adalah Breda, Eindhoven, Tilburg, dan Roosendaal. Penduduknya berjumlah 2,410,649 orang.
Di Belgia ada pula wilayah Brabant yang sebelumnya juga bersatu dengan wilayah ini sebelum kemerdekaan Belgia pada tahun 1830.
*Qobustan
Qobustan merupakan sebuah rayon di Azerbaijan. Rayon ini memiliki keluasan 1,369.4 km²; penduduk 37,137 orang; kepadatan penduduk 27km². Pusat pentadbirannya terletak di Maraza, 50 batu sebelah barat Baku. Dari tahun 1930 sehingga tahun 1943 dan lagi dari tahun 1960 sehingga 1990 kawasan ini masuk ke dalam daerah pentadbiran Shamakhi.
*Zoroastrianisme
Majusi atau Zoroastrianisme adalah sebuah agama purba Parsi yang diasaskan oleh Zarathustra. Ia juga bukan sahaja sebuah agama, tetapi sebuah falsafah kehidupan, sama seperti taoisme dari China. Sebelum kelahiran nabi Muhammad, agama ini merupakan agama yang utama di Timur Tengah dan Asia Tengah, namun pada hari ini, penganutnya adalah minoriti dimana kebanyakan mereka bertumpu di India.
*Lhokseumawe
Kota Lhokseumawe adalah sebuah kota di provinsi Nanggroe Aceh Darussalam, Indonesia. Ia berada seolah-olah di tengah-tengah jalur timur Sumatera, dan terletak di antara Banda Aceh dan Medan, sehingga kota ini merupakan jalur perjalanan utama dan perdagangan yang sangat penting bagi Aceh. Ia mempunyai keluasan 212 km² dan jumlah penduduk 188,974 orang.
*Krustasea
Krustasea membentuk kumpulan artropod yang sangat besar, biasanya dirujuk sebagai subfilum, termasuk haiwan biasa seperti ketam, udang karang, udang krai, kril dan teritip. 50,000 spesies yang telah dikenalpasti mempunyai pelbagai saiz daripada Stygotantulus stocki pada 0.1 mm (0.004 in), hinggalah ketam labah-labah Jepun dengan kaki 12.5 ka (3.8 m) dan jisim 44 lb (20 kg). Seperti artropod lain, krustasea mempunyai rangka luar, yang bersalin kulit untuk membesar. Krustasea dibezakan daripada kumpulan artropod lain, seperti serangga, Myriapoda dan Chelicerata dengan memiliki anggota biramous (dua-bahagian), dan dengan nauplius bentuk
Ok la ckup tuk hari nie...nnti kt tmbah lg klu ade perkataan yg pelik2 dan tidak tahu tentang kewujudan sesuatu itu...daaa sume~
No comments:
Post a Comment