Sunday, October 14, 2012

SiNDrOm GuiLLAiN-BaRrE~

Ingat x entry aku tulis mengenai kehilangan seorang sahabat seminggu yang lalu..yer sahabar baek aku yg ade time susah dan senang...masih terasa kehilangan dia..sebenarnya aku nk story pasal penyakit yg dia hidapi...klu dgr mungkin uolls sume akn tny soalan...sakit ape 2?yup sm macam aku apabila family die bgtau yg die ade skit 2..senang citer die ade virus dalam saraf...so ade gak aku google tentang penyakit nie..meh nk bg info pasal pnyakit nie..rsnyer uolls sume kene tahu...manalah tahu ade dikalangan kita mungkin terdapat simptom2 die...

Sindrom Guillain-Barre (GBS -Guillain Bare Syndrom) merupakan satu keadaan di mana terdapat masalah keradangan saraf di luar otak dan saraf tunjang.Punca dia plak ade sesetgh website tulis unknown tp klu check dkt wikipedia plak kerana :
50% kes berlaku sejurus selepas jangkitan kuman (virus
atau bakteria) seperti penyakit Sakit Tekak atau penyakit
Cirit-birit.
Terdapat teori yang mencadangkan bahawa tindakbalas
autoimunisasi; di mana antibodi dan sel darah putih sistem
pertahanan badan bertindak balas lalu menyerang selaput
atau penebat saraf.

Dan simptom2 dia plak seperti :
Lemah atau lumpuh kaki, lengan, otot pernafasan, dan muka
yang mengejut. Sesetengah pesakit hampir lumpuh
sepenuhnya.

Diagnosis plak akan menunjukan pesakit sperti :
Lemah mengejut, biasanya diiringi oleh rasa tidak normal
pada kedua belah badan. Kehilangan tindak balas
terutamanya sentakan pada lutut. Air tulang belakang diuji
bagi peningkatan protin cair dan ujian eletrik saraf dan
fungsi otot mungkin dijalankan.

Antara rawatan yg perlu dibuat ialah:
  • Langkah sokongan umum seperti penambahan plasma
dan kemasukan imune globulin intravenous.
  • Sekiranya otot pernafasan lemah, pesakit memerlukan
 sokongan mesin pernafasan.
  • Tempoh sakit tidak dapat dijangka, dan seringkali
memakan masa berbulan-bulan lamanya.
  • Sebahagian besar pesakit kembali pulih tetapi terdapat
mereka yang kekal menggunakan kerusi roda.


Selain 2 uolls jugak boleh check pasal penyakit nie dkt
 website mayo clinic atau pon klu xpaham boleh jugak try
check dekat blog Dr. Zubaidi..manalah boleh menambahkan
info2 tentang penyakit nie...diharap aku dpat membantu
pada mereka yg masih mencari2 apakah jenis penyakit nie.


No comments: