Thursday, October 25, 2012

SloT AkAsiA - JuLiA~

Rasanye macam da lambat nk story pasal drama nie tp aku peduli ape still nk story gak...Slot Akasia kali nie memaparkan citer pasal cinta x kesmpaian..biasa la drama melayu kan..name tajuk pon da Julia so mesti la watak utama die org bernama Julia gak..Julia (Nabila Huda) yg selalu dikongkong oleh ibubapenya kerana mahukan yg terbaek tuknyer mendapat keputusan yg baek dlm SPM...sementara Amir Hamzah (Fizo Omar) pelajar nakal disekolah seolah-olah tidak percaya yg die juga mampu berjaya dlm SPMnyer..Julia dan Amir bertemu di Korea..mereka mula berkawan rapat...suatu hari Amir terserempak dengan Sofea (Izreen Azmida) lalu terus jatuh hati dr pandangan pertama lagi...sejak itu Amir mula mengejar Sofea...Sofea pula melayan Amir kerana mahu mengunakan Amir...Julia yg tahu Sofea mempunyai kekasih iaitu Sam (Iqram Dinzly) cube memberitahu kepada Amir..tetapi Julia diugut oleh Sofea agar tidak mencampuri urusannye dengan Amir...

Akhirnyer rahsia Sofea bocor apabila Sam datang bertemu dengan Sofea dan mereka menghabiskan masa bersama2...Amir yg kecewa dengan tindakan Sofea akhirnyer mula hidup dlm keadaan yg tidak tentu arah...ditambah dengan berita pemergian ayahnyer dan dia tidak sempat untuk pulang...Amir mula ponteng kelas,merokok dan minum...Julia cuba menasihati Amir tetapi tidak diendahkan oleh Amir...Julia mula putus asa lalu tidak lagi memperdulikan Amir...Julia yg menyimpan perasaan terhadap Amir terpakse mendiamkan shja isi hatinya kerana die tahu Amir masih mengharapkan Sofea...


Sehinggalah suatu malam Julia menyelamatkan Amir lalu membawanyer pulang ker rumahnyer...Keesokannyer Amir sekali lagi bertemu dengan Julia dan Julia cuba menasihati Amir..Amir yg malu apabila mendapat tahu Julia yg membawanyer pulang ke rumah mula meluahkan masalahnyer pada Julia...sejak itu hubungan mereka bertambah rapat...sehinggalah mereka habis final exam dan Julia membuat keputusan mahu bertukar ke Universiti lain..Amir yg rasa kehilangan rakan baeknya mula merindu wanita itu...Lama kelamaan barulah Amir tahu bahawa dia mula menyayangi Julia...

Mereka memulakan hubungan jarak jauh mereka...apabila cuti mereka selalu berjumpa...sementara Sofea plak selalu dipukul oleh Sam..die yg tidak tahan dengan tindakan buah hatinye mengambil keputusan cabut lari...Semasa mahu melarikan diri Sofea bertemu dengan Amir..Amir yg kesian dengan Sofea yg teruk dipukul oleh Sam cuba menasihati wanita itu agar berhati2...Akhirnye Sofea pulang ke Malaysia tanpa pengetahuan Sam...Sam naek marah apabila tidak dapat menghubungi Sofea lalu pergi mencarinye dirumah Sofea...Rakan serumah Sofea memaklumkan yg Sofea telah pulang ker Malaysia...


Setelah tamat belajar Amir mendapat pekerjaan di Kuala Lumpur sementara Julia plak di Teluk Intan...bapa Julia tidak membernarkan Julia mencari keje di Kuala Lumpur...Mereka sekali lagi di uji apabila kali nie Sofea muncul lg dlam hubungan mereka...Sofea menggunakan kuasa bapanyer membuatkan Amir terpaksa tunduk dengan permintaan Sofea...Amir terpaksa mengendali kan beberapa projek untuk syrikat milik bapa Sofea...dengan itu Amir tidak mempunyai masa tuk selalu bersm2 dengan Julia...Bapa Julia tidak menyenangi hubungan Julia dan Amir...die mengangggap Amir tidak ikhlas terhadap anaknyer,kerana setiap kali datang ke Teluk Intan tidak pernah berjumpa dengan mereka sekeluarga...sementara di opis Julia pulak ada seseorang yg menaruh hati terhadapnye...Azwan yg tahu Julia mempunyai kekasih di Kuala Lumpur masih mahu memikat gadis 2...

Kerana keadaan yg tidak mengizin kan menyebabkan hubungan Amir dan Julia senantiasa bermasalah...Julia mula mencari keje di Kuala Lumpur kerana mahu dekat dgn Amir...Azwan membantu Julia mencari keje di KL...Julia mula cemburu dengan kehadiran Sofea yg selalu ade di pejabat Amir....Sementara bapa Julia mule berkenan dgn Azwan dan mahu Julia berkahwin dgn lelaki itu...klu nk tahu sape yg Julia pilih dan ape jd dgn nasib Julia selepas berkahwin dengan Azwan bleh tgk kat Tonton ek sbb episod 2 sume da lepas...tp klu korang nak tahu si Sofea yg jahat 2 mati ker x kene tunggu setiap Isnin- Khamis jam 7 malam di TV3...




SELAMAT MENONTON~

No comments: