Friday, May 15, 2015

AkU TaK SaLAh By KamSiaH Abu~

Novel yg berharga 19.90 nie hasil nukilan Kamsiah Abu...Novel ini mengisahkan Syazwani yg berkerja di sebuah syarikat kepunyaan Badrul...Badrul yg selalu serius dlm kerjanya sentiasa di geruni oleh pekerjanya...tetapi apabila bersama dengan Syazwani, Badrul lebih relax dan santai...Pekerjaan Syazwani membuatkan die berjumpa dengan bermacam jenis manusia..termasuklah Airil Amri..Lelaki yg dikenali semasa syarikatnyer membuat pameran perumahan...

Lelaki itu cuba mendekatinyer...pelbagai cara di lakukan agar dapat menarik perhatian Syazwani...Akhirnyer Syazwani bersetuju bekenalan dengan lebih rapat dengan Airil...tetapi Airil mengambil tindakan drastik dengan mahu meminang gadis itu...Syazwani terkejut kerana perkenalan yg tidak sampai sebulan itu sudah membawa mereka ke gerbang perkahwinan...wlwpon tidak bersetuju pada mulanyer tetapi setelah di yakinkan oleh Airil maka die bersetuju...


Barulah Syazwani mengetahui bahawa Airil mendapat tawaran pekerjaan di Alexandria dan dia mahu Syazwani mengikutnya ke sana nanti...Lalu Syazwani terpaksa meletakkan jawatannyer..semasa ini lah Badrul membuat pengakuan yg die telah lame jatuh hati dengan Syazwani tapi sayang semuanya telah terlambat...Majlis Syazwani dan Airil berlangsung dengan ringkas..hanya di hadiri oleh saudara terdekat...

Tetapi segalanyer berubah apabila keesokkan harinya, perangai Airil bukan seperti yg dikenalinyer...die seolah2 telah berkahwin dengan manusia yg lain....sejak dalam kapal terbang lagi Airil mula dingin dengannya...bukan itu sahaja, Airil sudah mula menengkingnye...sesuatu perkara yg tidak pernah berlaku sejak perkenalan mereka...Syazwani bingung, kesalahan apa yg di lakukan sehingga dilayan sebegitu....keadaan menjadi bertambah teruk apabila mereka sampai ke Alexandria..

Nak tahu ape terjadi dengan hubungan mereka...kenapa Airil berubah perangai tiba-tiba...siapa pula Shamsinar dlm hidup Airil sehingga lelaki itu sanggup melukakan Syazwani...dan adekah wanita yg selama ini dicari oleh keluarga Badrul mempunyai kaitan dengan Syazwani nak tau boleh beli novel nie...SELAMAT MEMBACA~


No comments: