Ia mengisahkan Fariz dan Raisya yg kecewa dengan pasangan masing2...mereka bertemu di sebuah majlis perkahwinan teman wanita / lelaki masing2...Fariz ke sn atas jemputan Shereen (teman wanita Fariz) yg merupakan pengantin perempuan pada malam itu sementara Raisya ke sn kerana mahu melihat sendiri Jaspal (teman lelaki Raisya) bersanding dengan gadis pilihan keluarga masing2...pada malam itu Raisya telah menangis di depan Fariz lelaki yg tidak di kenalinyer dan Fariz berjanji dengan Raisya sekiranyer mereka bertemu lg selepas nie Fariz akan memperkenalkan Raisya dengan adiknyer...
Takdir menemukan mereka beberapa kali yg datang ke panggung wayang yg sm...Raisyah cube mengelak sementara Fariz plak cuba mendekati wanita itu...sehinggalah terjadi satu insiden di panggung itu membuatkan hubungan mereka bertambah rapat...sejak itu mereka sering meluangkan masa bersama...Raisya pelik dengan Fariz yg sedaya upaya cube merapatinyer sedangkan die tidak mahu ade kaitan dengan lelaki itu...
Sehingga suatu hari Jaspal datang bertemu dengan Raisya setelah puas lelaki itu memujuknyer mahu ketemu...Raisya berjumpa dengan Jaspal atas dorongan Fariz...die pelik dengan Fariz, lelaki itu cube memikatnyer tetapi menggalak kan dia bertemu dengan bekas teman lelakinyer yg kini sudah menjadi suami kepada bekas teman wanitanye sendiri...pertemuan itu telah membuka mata Raisya bahawa Fariz bukan seperti yg di sangka...rupenyer Fariz mempunyai motif untuk rapat dengannya...
Kerana motif Fariz itu juga telah membuatkan Raisya kesal kerana mempercayai lelaki itu...Fariz cube menerangkan perkara sebenar tetapi itu lebih menyakitkan hati Raisya...lalu Raisya menjauhkan diri dari Fariz...tanpa Fariz sedar die sebenarnye mencintai Raisya....die rasa kehilangan apabila Raisya tidak bersamanyer seperti selalu...Shereen mula menyedarkan Fariz tentang perasaan lelaki itu terhadap Raisya..dan Shereen sedar cinta Fariz tidak lagi bersamanyer...
Sementara Jaspal dan Shereen cuba meneruskan perkahwinan mereka...tetapi lelaki itu dpat tahu bahawa Shereen tidak lagi suci semasa menjdi isterinyer...die meminta penjelasan dari Shereen tapi wanita itu bertambah marah dengan Jaspal...konflik rumah tangga mereka bertambah serious...pelbagai masalah muncul...
Kalau nak tahu kesudahan hubungan Jaspal dan Shereen...siapakah lelaki yg telah menceroboh mahkota isterinye....dan kenapa Shereen cube menjauhkan diri dari Jaspal?bagaimana pula Fariz dan Raisya..dapatkah die memujuk kembali hati Raisya yg telah terluka?yakinkah Raisya dengan setiap janji yg dilafaz kan oleh lelaki bernama Fariz?nak tahu kene beli novel nie...SELAMAT MEMBACA ~
No comments:
Post a Comment